"Terjebak" mulakan penggambaran Februari ini

Image

Selepas mendapat tempat di hati peminat filem tempatan ketika tayangan perdana pada 1 April 2023 di Theather Hall Sutera Harbour Marina Golf & Country Club, filem pendek bertajuk “Terjebak” bakal diterbitkan dalam bentuk filem penuh.

Menurut Pengarah filem ini Jade Morris, beliau mengambil keputusan untuk menerbitkan filem ini dalam bentuk filem penuh selepas mendapat maklumbalas sangat positif daripada penonton.

“Ramai yang mengatakan tidak puas menonton filem ini kerana ceritanya terlalu pendek. Maka itu sebab saya ambil keputusan untuk menambah cerita dalam filem ini agar ceritanya lebih panjang,” katanya.

 

Tonton filem di FH Cinema dan menang RM50,000.00

Image

Ujarnya, filem yang menggunakan dana sendiri itu dibarisi oleh 60 orang pelakon Sabahan yang baharu berkecumpung dalam dunia lakonan termasuk Perpengaruh.

Penggambaran akan bermula pada 13 Februaro 2024 hingga 27 Februari 2024, yang melibatkan beberapa lokasi di daerah Keningau dan Tambunan.

“Jika tiada aral melintang filem ini akan ditayangkan di Pawagam awal tahun hadapan selepas selesai proses suntingan, dan tapisan filem,” tambahnya.

Dalam filem "Terjebak", selain banyak aksi pertarungan terdapat beberapa babak berunsurkan tentang kemanusiaan dan juga pengajaran yang baik kepada masyarakat.

Tonton fiem AVAKAS di FH Cinema dan menang RM 50,000.00

Image

“Teknik visual dan sound effect yang digunakan dalam filem 'Terjebak' sesuai dengan aliran zaman dan tema Terjebak. Dialog atau percakapan yang digunakan adalah Bahasa baku Sabahan,” akhirinya.

Antara babak yang menyentuh hati ialah babak salah seorang watak gangster yang terkenal ganas dan keras hati, tetapi masih mempunyai rasa kasih kepada ibunya. Rindu yang mendalam kerana sudah beberapa tahun tidak balik ke kampung halaman sehingga dia mengesat airmatanya kerana teringat tentang ibu yang hidup bersendirian di kampung.

Watak TJ yang dahulunya gangster telah bertaubat dan tidak mahu lagi terlibat dengan dunia gangster merupakan nilai moral dan pengajaran yang utama dalam filem ini.

 

Image

Contact Info

No. 517 Lorong Pasir Putih 8A,
Taman Pasir Putih,
88200 Putatan Sabah.

Copyright © 2026 F Harmthon Production Sdn Bhd (1329111-D).

Register Form

Cancel

Sign in to your account

Register Form

Cancel

Sign in to your account