FINAS sokong usaha pemasaran filem digital FH Cinema

Image
Kuala Lumpur: Syarikat Penerbitan dan Pengedaran filem, F Harmthon Production Sdn Bhd melalui Pengarah Urusan Freddy Harmthon (Kiri) bersama dengan Penyanyi Alfian Aiman (Kanan), membuat kunjungan hormat kepada Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Azmir Saifuddin Mutalib (tengah) pada Isnin  5 Februari 2024.

Dalam pertemuan itu, Azmir menyokong usaha yang sedang dilakukan oleh syarikat tersebut dalam membangunkan platform digital pemasaran filem dan muzik di rantau ini melalui FH Cinema.

Beliau turut menyokong agar semua pembikin filem memasarkan filem mereka di FH Cinema, dan menjadikan platform ini sebagai salah satu pilihan, memasarkan karya masing-masing selepas filem tersebut dipasarkan di platform sedia ada.

Menurut Freddy, pertemuan tersebut cukup bermakna kerana banyak cadangan tambahan yang telah diberikan oleh CEO untuk membolehkan FH Cinema menjadi pilihan penonton, lebih-lebih lagi FH Cinema baharu sahaja dibangunkan dan memerlukan sokongan daripada pelbagai pihak terutama pihak kerajaan.

“Saya telah memaklumkan kepada Datuk mengenai fungsi yang ada di dalam FH Cinema dan beliau menyokong langkah kami dalam membantu pemain dalam industri filem untuk memasarkan filem di FH Cinema.

“Bagi membolehkan ramai yang tahu akan kewujudan platform ini, Datuk turut menyokong cadangan kami untuk memberikan peluang kepada pembikin filem indie, graduan dan pelajar Universiti dalam bidang perfileman yang sedang membuat projek akhir untuk memasarkan filem mereka di FH Cinema.

“Selain itu, Datuk mencadangkan untuk kami lebih fokus kepada pemasaran filem Borneo kerana, Borneo kaya dengan khazanah alam dan budaya yang mampu menarik minat ramai penonton luar lantas mempromosi sosiobudaya, dan lokasi menarik di Borneo terutama Sabah dan Sarawak.

"Ada beberapa buah filem indie yang sedang dipasarkan di dalam FH Cinema dan kualiti filem mereka juga setanding dengan filem Panggung. Jadi mereka wajar diberi peluang untuk memasarkan produk dan menjana pendapatan melalui karya masing-masing,” katanya.

Tonton filem Motif Killer hanya RM5 satu tiket. klik gambar untuk menonton

Image
Freddy turut mengakui ada beberapa perkara yang perlu diambil kira dalam memastikan filem yang ada di FH Cinema mampu menarik ramai penonton.

“Kita baru lapan bulan beroperasi dan masih banyak yang perlu dibuat untuk membolehkan FH Cinema ini mampu mencapai visi, antaranya membuat pelbagai program seperti pertandingan nyanyian, carta lagu, carta filem dan pertandingan fesyen.

“Untuk pemasaran filem Borneo, kami akan adakan pertandingan filem penuh dalam masa terdekat agar semua pemain filem di Borneo menyertai pertandingan ini dan sekaligus memperbanyakkan lagi filem yang boleh ditonton di FH Cinema sebagai permulaan menarik ramai penonton,”tambahnya.

Bagi membolehkan perancangan berjalan dengan lancar, Freddy turut merancang untuk membuat pertemuan dengan beberapa buah Kementerian bagi memperkenalkan platform digital mampu milik ini serta menghantar usul untuk pembangunan sistem digital.

“Terima kasih saya ucapkan kepada Datuk CEO kerana beliau bukan hanya meluangkan waktu bersama kami tetapi telah memberikan cadangan serta maklum balas yang cukup positif mengenai apa yang dibincangkan.

“Dan kepada semua pemain filem Indie, graduan, atau pelajar Universiti yang sedang membuat projek akhir, jika anda berminat untuk menjana pendapatan melalui filem, hubungi saya di 019-300 9618, kita bincang bagaimana untuk buat dan kita akan bantu sehabis baik,” akirinya.
 
 
Image

Contact Info

No. 517 Lorong Pasir Putih 8A,
Taman Pasir Putih,
88200 Putatan Sabah.

Copyright © 2026 F Harmthon Production Sdn Bhd (1329111-D).

Register Form

Cancel

Sign in to your account

Register Form

Cancel

Sign in to your account