
Kuala Lumpur: Anugerah berprestij yang mengiktiraf dan menghargai sumbangan cemerlang perpengaruh media digital “KNKV Viral Award 2024” melabuh tirai pada malam tadi.
Berlangsung di Zeep Kuala Lumpur, program tersebut turut disiarkan secara langsung di RTM TV2 dan sebanyak 36 anugerah dipertandingkan, yang merangkumi tiga kategori utama, iaitu 16 anugerah Gold, enam anugerah Premier dan tujuh anugerah Viral Laureate.
Salah satu anugerah bagi kategori Golden Awards (Best National Original Comedy Content) telah di menangi oleh DavidVid dan Kumbibi (Sabah), mengalahkan empat pencabar lain.
Menurut Davidvid yang juga seorang pelakon tempatan menerusi satu kenyataan dalam video berdurasi 2.59 minit, anugerah tersebut belum berakhir kerana masih ada satu lagi videonya yang mengisahkan tentang beliau dan ayam (ayam rebut makanan) yang tercalon di anugerah di Astro Gempak pada 25 Februari 2024.
“Terima kasih atas doa, undian dan sokongan anda semua. Saya naik ke pentas bukan keseorangan tetapi saya bawa semangat Sabahan untuk sama-sama ke pentas bersama saya. Tanpa sokongan ada, saya tidak sampai ke sini.
“Video kami dapat tempat kelima tertinggi dan melalui proses penjurian juri-juri professional. Setelah itu kita dinobatkan sebagai pemenang dan ini lah yang kita dapat sebentar tadi. Ini untuk semua sabahan,”katanya.
Dalam kenyataannya itu. Beliau turut mengajak semua rakan-rakan seni untuk mengharumkan nama negeri Sabah dalam bidang seni.
“Untuk anugerah Astro Gempak pada 25 Februari ini, saya sangat berharap mendapat undian dan mudah-mudahan video itu pun ada rezeki,”tambahnya.
Senarai penuh penerima anugerah KNKV Viral Award 2024:
Golden Awards:
Best National Original Comedy Content – Davidvidz Kumbibi
Best National Food Influencer – Che Sayang Kitchen
Best National Entertainment Influencer – Mek Yun
Best National Original Educational Informative – Sir Asai
Best National Original Business Content – Hafiz Mahamad
Best National Motivational Business Influencer – Inche Lebah
Best National Viral Page/Channel – mStar Online
Best National Health, Beauty, Sport Influencer – Dr Samhan
Best National E-Sport Influencer – Daddy Krew
Best National Original Viral Video – Awanaz Style
Best National Educational Informative Influencer – Sir Asai
Best National Original Food Content – Hisham Raus
Best National Comedy Influencer – Ryan Bakery
Prime Award:
Best National Influencer – Hafiz Mahamad
Best National Content Creator – Ryan Bakery
Malaysia Madani Awards – Shermine Hau Ah Moi
Viral Laureate Award:
Viral Laureate Song – Datuk M Nasir
Viral Laureate Golden Microphone – Fara Fauzana
Viral Laureate Film Influencer – Zhaf Vlog
Viral Laureate Content Creator – Sofyank
Viral Laureate Influencer – Alif Satar
Viral Laureate Film Director – Adrian Teh
Viral Laureate – Actor – Beto Kusyairi
Anugerah Viral KNKV 2024 ialah acara berprestij yang mengiktiraf dan menghargai sumbangan cemerlang pengaruh media digital, pencipta kandungan, halaman viral dan saluran yang telah memberi impak positif kepada landskap media sosial Malaysia. Majlis anugerah itu berfungsi sebagai pengiktirafan rasmi terhadap usaha individu ini dalam mempromosikan nilai moral yang positif, memupuk amalan etika, dan mempertingkatkan keseluruhan persekitaran media digital di negara ini.



