“Pada 2001 saya diperkenalkan oleh seorang kawan untuk merakam lagu di RTM dalam satu rancangan ‘Lamai Sinompuvan’ dalam siaran Kadazan.
“Masa itu saya rakam lagu berentak joget yang bertajuk ‘Joget Pogintukadan’ dalam bahasa Rungus dan satu lagi lagu berentak balada bertajuk ‘Sinding Ku Montok Dika’ dalam bahasa Dusun.
“Selepas dari itu, atas sebab kekangan masa dalam pekerjaan dan mengurus rumah tangga, maka saya tidak lagi merakam lagu walaupun saya ada membuat lagu sendiri.
“Saya pada ketika itu tidak ambil berat pasal bidang nyanyian sebab mungkin trauma dengan kes ditipu pihak Studio dan kurang percaya kepada Studio-Studio rakaman kecuali yang saya benar-benar kenal.
“Mungkin bagi orang lain ratusan ringgit itu tidak mengapa, tetapi bagi saya sebagai orang kampung nilai itu sangat berharga.
“Sehinggalah saya mengenali seorang Penyanyi dan Penulis lagu Ogoufy pada 2021 yang mana dia menawarkan saya untuk menyanyikan lagu ciptaannya untuk bertanding dalam satu Pertandingan Mencipta Lagu Dusun Online (PMLDO) bahagian kedua, yang dianjurkan oleh George Duat. Lagu itu bertajuk ‘Indi’ yang mengisahkan tentang Ibu saya,” tambahnya.
Kongsinya lagi, beliau seterusnya ditawarkan oleh Syarikat Penerbitan dan Pengerdaran Filem dan Muzik F Harmthon Production Sdn Bhd untuk bersama dalam satu program realiti pencarian bakat baharu dalam bidang nyanyian FH Idol Musim kedua sebagai juri dan telah diberikan satu lagu yang kini dimuatkan dalam album digital Muzik TV FH Idol 2.