Bermula Dari Cabaran FH Idol, Kini Alex Adam Cipta Lagu Berentak Dangdut

Image
Alex Adam bukanlah nama asing dalam dunia hiburan Sabah. Beliau telah beberapa kali terlibat dalam album kompilasi yang diterbitkan dalam bentuk cakera padat. Namun, langkahnya dalam industri muzik semakin menyerlah selepas menyertai program realiti pencarian bakat baharu, FH Idol Musim Kedua, terbitan F Harmthon Production Sdn Bhd pada tahun 2022.

Dalam temubual eksklusif bersama segmen bual bicara Jom Kita Snap (JKS), yang dihoskan oleh penyanyi Cindy MCR baru-baru ini, Alex berkongsi tentang perjalanan seninya, termasuk pengalaman menyertai FH Idol. Menurutnya, beliau sudah lama berminat untuk menyertai program tersebut sejak musim pertama.

“Pada tahun 2020, program ini dijalankan secara atas talian disebabkan pandemik COVID-19. Namun, pada ketika itu, hanya peserta yang belum pernah merakamkan lagu sahaja dibenarkan untuk menyertai. Disebabkan itu, saya terpaksa melupakan hasrat saya.

“Syukur, syarat tersebut telah dilonggarkan pada musim kedua. Tanpa berfikir panjang, saya terus menghantar borang penyertaan. Walaupun banyak cabaran yang perlu saya hadapi sepanjang program, saya berjaya melangkah ke peringkat akhir dan memenangi Anugerah Persembahan Terbaik,” kongsinya.

Alex turut menceritakan kesukarannya dalam mengimbangi jadual kerja dengan komitmen program. Namun, beliau bersyukur kerana segala cabaran dapat diatasi dengan baik.

“Saya sangat berterima kasih kepada pihak penerbit kerana ada kalanya program ini dijalankan secara atas talian. Kami diminta untuk merakam lagu dan menghantarnya kepada pihak penerbit, selain hadir ke studio untuk dinilai oleh juri profesional.

“Saya juga risau jika cuti kerja tidak diluluskan. Mujur pada ketika itu, sesi rakaman atas talian banyak membantu,” ujar penyanyi kelahiran Kudat ini.
 

Dapatkan Album Digital Muzik TV FH Idol 2 sekarang. Langgan di sini:

Image
 
Cabaran Dangdut Bertukar Minat Baru

Ketika ditanya tentang genre yang paling mencabar sepanjang program, Alex mengakui tema dangdut memberikan cabaran terbesar buat dirinya.

“Terus terang saya katakan, sebelum ini saya tidak pernah menyanyikan lagu dangdut. Namun, dengan tunjuk ajar pihak produksi, saya mula meminati genre ini.

“Malah, kini saya sudah mencipta sebuah lagu dalam genre dangdut menggunakan bahasa Rungus. Lagu ini membawa jalan cerita yang santai, tetapi di sebaliknya tersirat kekecewaan. Saya merancang untuk menghantar lagu ini ke studio dalam masa terdekat,” katanya.

Selain mencipta lagu sendiri, Alex turut diberikan sebuah lagu bertajuk Mey Ley, hasil ciptaan pengarah F Harmthon Production, Freddy Harmthon.

“Lagu ini berentak pop dangdut dan mengisahkan tentang kasih setia seorang lelaki terhadap wanita yang dicintainya, meskipun menghadapi pelbagai dugaan.

“Kami menjalankan penggambaran muzik video lagu ini di sebuah lokasi unik di Penampang, iaitu The Iron Park atau lebih dikenali sebagai Tip Of Penampang. Lokasi ini sangat menarik kerana ia menampilkan elemen inovasi daripada bahan terpakai seperti besi yang diolah menjadi karya seni,” jelas Alex.
 

Sedutan album FH Idol 2

Penglibatan Isteri Dalam Muzik Video

Ketika berkongsi pengalaman semasa penggambaran muzik video Mey Ley, Alex mengakui pada awalnya risau kerana tidak ada model atau pelakon untuk menjayakan penggambaran.

“Syukur, isteri saya yang turut menemani saya pada hari itu bersetuju untuk terlibat dalam muzik video ini. Dengan kerjasama yang diberikan, penggambaran berjalan lancar, dan hasilnya sangat memuaskan,” katanya.

Album digital Muzik TV FH Idol 2, termasuk muzik video Mey Ley, kini telah dipasarkan di platform digital FH Cinema dengan harga RM25.

“Saya berharap rakan-rakan pendengar akan terus menyokong dan melanggan album ini. Sokongan anda sangat bermakna buat kami semua,” akhirinya.

FH Idol: Batu Loncatan Menuju Era Baru Pemasaran Digital di FH Cinema – FH

Image
Image

Contact Info

No. 517 Lorong Pasir Putih 8A,
Taman Pasir Putih,
88200 Putatan Sabah.

Copyright © 2026 F Harmthon Production Sdn Bhd (1329111-D).

Register Form

Cancel

Sign in to your account

Register Form

Cancel

Sign in to your account