i-Glen: Dari Cabaran Pekerjaan ke Pentas Final FH Idol Dua

Image
Perjalanan Glen Julius, atau lebih dikenali dengan nama pentasnya, i-Glen, dalam pertandingan realiti pencarian bakat FH Idol  Musim Kedua bukanlah sesuatu yang mudah. Bermula daripada mendapat informasi daripada seorang rakan, Glen akhirnya berjaya memikat hati penonton dan juri sehingga meraih tempat ketiga dalam pertandingan tersebut yang berlangsung pada 18 Februari 2023. Sebagai hadiah, beliau dianugerahkan sebuah lagu baharu ciptaan Freddy Harmthon, pengarah syarikat F Harmthon Production Sdn Bhd, yang juga seorang penyanyi terkenal.

Dalam satu sesi program bual bicara eksklusif, Jom Kita Snap (JKS), terbitan F Harmthon Production Sdn Bhd dan dihoskan oleh penyanyi Cindy MCR, Glen berkongsi pengalaman penuh liku sepanjang menyertai FH Idol. Menurutnya, cita-cita untuk bergelar penghibur hampir pudar apabila cutinya sebagai pekerja di sebuah pusat membeli-belah di Kota Marudu ditarik balik pada saat akhir semasa pertandingan sedang berlangsung.

“Walaupun sibuk dengan pekerjaan hakiki, saya tetap memberi komitmen tinggi terhadap pertandingan ini. Kami diberi cabaran menyanyikan pelbagai genre setiap minggu, dan saya menggunakan setiap ruang yang ada untuk berlatih, sama ada di rumah atau semasa bekerja,” katanya.

Dapatkan album digital FH Idol 2 sekarang. klik gambar untuk melanggan

Image
Namun, cabaran yang paling meninggalkan kesan buat Glen ialah apabila persediaan rapi yang dibuatnya, termasuk menempah pengangkutan untuk ke studio di Kota Kinabalu, terganggu akibat cutinya dibatalkan secara tiba-tiba atas tuntutan kerja.

“Waktu itu, saya sangat sedih dan hilang semangat kerana semua peserta diwajibkan hadir ke studio untuk membuat persembahan. Sesiapa yang tidak hadir secara automatik akan tersingkir,” ujarnya dengan nada sebak.

Namun, produksi FH Idol memberikan harapan baharu apabila mengumumkan sesi undian masuk untuk peserta-peserta yang telah tersingkir, termasuk Glen. Berkat sokongan rakan-rakan, Glen berjaya kembali ke pertandingan dan mara ke peringkat akhir.

Sejurus tamat pertandingan, Glen menerima lagu baharu berjudul “Au Kokisib Tupusnu” atau “Cintamu Tak Sepenuhnya”. Lagu yang berentak pop Sumazau ini mengisahkan perjalanan cinta penuh liku, di mana si kekasih yang hadir membawa cinta lukanya, namun akhirnya menduakan cinta.
 

Sedutan lagu-lagu dalam album FH Idol 2

Penggambaran muzik video (MTV) lagu tersebut berlangsung di lokasi pelancongan terkenal, Borneo Ant House di Tuaran, dengan melibatkan dua pelakon tambahan. Glen sendiri turut berlakon dalam muzik video itu.

“Pengalaman berlakon dalam MTV ini sangat berharga. Syukur semuanya berjalan lancar, dan pelakon tambahan serta kru produksi memberikan kerjasama yang sangat baik,” katanya.

Lagu “Au Kokisib Tupusnu” kini dimuatkan dalam album digital Muzik TV FH Idol 2 bersama sembilan lagu lain dalam format muzik video dan karaoke.

“Saya berharap album ini mendapat sambutan baik dan lagu ini berjaya menawan hati peminat muzik tempatan Sabah,” katanya menutup bicara.

FH Idol: Batu Loncatan Menuju Era Baru Pemasaran Digital di FH Cinema – FH

Image
Image

Contact Info

No. 517 Lorong Pasir Putih 8A,
Taman Pasir Putih,
88200 Putatan Sabah.

Copyright © 2026 F Harmthon Production Sdn Bhd (1329111-D).

Register Form

Cancel

Sign in to your account

Register Form

Cancel

Sign in to your account