Mimy J: Dari Pentas FH Idol ke Dunia Seni Nyanyian

Image
“Bagi saya, program pencarian bakat FH Idol harus diteruskan kerana ia mampu mencungkil bakat baharu dalam bidang nyanyian. Formatnya mirip program realiti TV seperti Akademi Fantasia, dengan penyingkiran mingguan dan undian, menjadikannya unik dan pertama seumpamanya di Sabah,” kata Mimy J, atau nama sebenarnya Norhamimi Wakijoh, semasa temubual dalam segmen Jom Kita Snap terbitan F Harmthon Production Sdn Bhd baru-baru ini.

Mimy, penjawat awam yang bertugas di Kota Belud, adalah salah seorang finalis FH Idol Musim Kedua. Beliau berjaya meraih tempat kelima di peringkat akhir dan turut menerima anugerah Peserta Paling Popular. Acara kemuncak program tersebut berlangsung pada 18 Februari 2023 di Palm Square, Centre Point Kota Kinabalu.

“Sepanjang menyertai program ini, memang banyak cabaran yang perlu dihadapi. Selain terpaksa menghafal lagu dalam masa singkat, saya juga perlu mengatur jadual kerja, masa bersama keluarga, dan sesi program.

“Ada satu kejadian yang tidak dapat saya lupakan. Semasa hendak menghadiri program di studio, kenderaan saya mengalami kerosakan. Mujurlah rakan seperjuangan saya, Sopian (Ya’Yai) dan Liuston (Tons Patons), datang membantu. Sokongan mereka amat bermakna,” imbas Mimy, mengenang detik mencabar semasa program berlangsung.

Sebagai salah seorang finalis, Mimy turut diberikan sebuah lagu khas ciptaan Freddy Harmthon yang berentak dangdut bertajuk Poinlisok Oku Muhang Diya (Diam-Diam Ku Mencintaimu).

“Saya sangat suka lagu itu. Rentaknya sesuai untuk musim keramaian,” katanya berseloroh bersama hos rancangan.

Dapatkan Album digital MTV FH Idol 2 di sini

Image
Pengalaman Baharu Sepanjang Penggambaran
Mimy turut berkongsi pengalamannya semasa penggambaran muzik video lagunya. Walaupun ada cabaran, beliau tetap seronok menjalani proses tersebut.

“Pada mulanya saya dimaklumkan hanya perlu menyanyi, sementara dua pelakon akan melakonkan watak dalam muzik video itu. Namun, di saat akhir, model perempuan tidak dapat hadir kerana masalah kesihatan.

“Kebetulan pula, pelakon lelaki adalah rakan saya. Jadi, saya tidak keberatan untuk turut berlakon bersamanya. Syukur, dengan bimbingan pihak produksi, penggambaran berjalan lancar dan menjadi pengalaman baharu yang menyeronokkan untuk saya,” ujar Mimy.
 

Sedutan lagu-lagu dalam album FH Idol 2. langgan sekarang

 
Penggambaran muzik video itu dijalankan di Karanahan View, sebuah lokasi pelancongan terkenal di Kota Belud.

“Tempat itu sangat indah dan sesuai untuk kunjungan keluarga. Ada kolam renang, kawasan santai, kafe, dan juga tempat penginapan. Jika cuaca baik, kita dapat melihat Gunung Kinabalu dengan jelas,” tambahnya.

Kini, Mimy berharap lagu Poinlisok Oku Muhang Diya yang dimuatkan dalam album digital Muzik TV FH Idol 2 mendapat sambutan hangat daripada peminat tempatan, sekaligus mengukuhkan lagi kehadirannya dalam dunia seni nyanyian.

Diakhir perbualan, Mimy berharap agar lagu “Poinlosik Oku Muhang Diya”ini diterima peminat lagu tempatan Sabah dan membeli album Muzik TV FH Idol Dua yang kini sedang dipasarkan di platform digital FH Cinema.

saksikan temubul esklusif Glen, Mieyz dan Mimy dalam segmen Jom Kita Snap

Image
Image

Contact Info

No. 517 Lorong Pasir Putih 8A,
Taman Pasir Putih,
88200 Putatan Sabah.

Copyright © 2026 F Harmthon Production Sdn Bhd (1329111-D).

Register Form

Cancel

Sign in to your account

Register Form

Cancel

Sign in to your account