Majikan Didenda RM75,000 Atas Kesalahan Gagal Menjalankan Penaksiran Risiko Keselamatan

Image

Kota Kinabalu, 10 Disember 2024 – Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, yang diketuai oleh Hakim Puan Noor Hafizah binti Mohd Salim, telah mengenakan denda sebanyak RM75,000 terhadap Unimekar Industries Sdn. Bhd. selepas syarikat tersebut mengaku bersalah di bawah Seksyen 18B(1), Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

Syarikat tersebut gagal menjalankan penaksiran risiko terhadap bahaya keselamatan dan kesihatan di tempat kerja, khususnya berkaitan dengan aktiviti kerja memasang tiang pada footing yang berisiko tinggi kepada keselamatan pekerja. Insiden ini menunjukkan kecuaian dalam memastikan langkah-langkah pencegahan yang mencukupi bagi melindungi pekerja daripada potensi bahaya.

 

Dapatkan Album Digital MTV FH Idol 2 di sini:

Image

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Sabah, Tuan Haji Afanizam bin Ali dan Puan Jinurah Sintian. Unimekar Industries diwakili oleh penyelia keselamatan dan peguam bela, Tuan Jordan Christian Kong Tzu Fui dari firma guaman Jayasuriya Kah & Co. Siasatan kes ini dijalankan oleh pasukan penyiasat JKKP Sabah yang diketuai oleh Puan Nur Zulaikha binti Zainal Abidin dan Puan Rabi’atul’adawiyah binti Ja’afar.

Keputusan ini menekankan kepentingan pematuhan undang-undang keselamatan pekerjaan, memberi peringatan kepada majikan di seluruh negara untuk memastikan risiko-risiko di tempat kerja dinilai dan diuruskan dengan teliti. Keselamatan pekerja harus diutamakan bagi mengelakkan insiden yang tidak diingini serta memastikan persekitaran kerja yang selamat dan kondusif.

Sedutan Album Digital MTV FH Idol 2. Langgan sekarang

Image
Image

Contact Info

No. 517 Lorong Pasir Putih 8A,
Taman Pasir Putih,
88200 Putatan Sabah.

Copyright © 2026 F Harmthon Production Sdn Bhd (1329111-D).

Register Form

Cancel

Sign in to your account

Register Form

Cancel

Sign in to your account