Penyanyi Adex Jadi Mangsa Penggodam WhatsApp

Image
Kebelakangan ini, isu scammer semakin membimbangkan apabila ramai masyarakat mengalami kerugian mencecah ribuan ringgit akibat diperdaya individu tidak bertanggungjawab.

Walaupun pelbagai inisiatif dan kempen kesedaran telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan, gejala ini masih berterusan, dengan pelbagai taktik digunakan untuk memerangkap mangsa.

Salah satu modus operandi yang sering dilakukan adalah dengan menggodam akaun WhatsApp individu untuk memperdaya kenalan mereka. Terbaharu, penyanyi Guadik Ansiw, lebih dikenali sebagai Adex, turut menjadi mangsa jenayah siber ini apabila nombor WhatsApp beliau telah digodam.

Dapatakan Album Digital Muzik TV FH Idol 2 di sini sekarang.

Image
Dalam satu kenyataan di platform media sosial X pagi tadi, Adex berkongsi pengalaman beliau apabila seorang rakan menghubunginya untuk bertanya sama ada beliau benar-benar meminjam wang. Situasi itu mengejutkan Adex, dan beliau segera menyedari bahawa nombor WhatsApp miliknya telah digodam.

Menurut Adex, ramai rakannya melaporkan menerima mesej meminjam wang melalui WhatsApp daripada nombor miliknya yang telah diceroboh. Prihatin terhadap kemungkinan penipuan ini menyebabkan kerugian kepada rakan-rakannya serta menafikan perkara itu, Adex bertindak pantas dengan membuat laporan polis di Balai Polis Tuaran.

"Untuk makluman rakan-rakan dihormati, saya baru selesai membuat laporan polis sebentar tadi. Hal penggodaman akaun WhatsApp saya bernombor 013-8112850 bukan sahaja menyusahkan saya, tetapi juga mungkin menyusahkan rakan-rakan saya yang prihatin dan baik hati dengan meminjamkan sejumlah wang,” ciapnya dalam satu kenyataan di platform X.

sedutan album MTV FH Idol 2

 
Beliau turut menyatakan keyakinan bahawa akaun bank yang digunakan oleh scammer itu—atas nama Muhammad Syafiq Bin Mohd Fauzi—mungkin bukan milik individu sebenar, tetapi hanya sebagai kambing hitam.

Adex turut menyeru mana-mana rakan yang telah terlanjur memindahkan wang supaya segera menghubungi Pusat Respon Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 untuk mendapatkan bantuan lanjut.

"Sekiranya ada rakan-rakan yang terlanjur transfer duit kerana tertipu dengan muslihat ini, sila hubungi NSRC seperti yang dilampirkan dalam gambar. Maaf atas segala kesulitan," tambahnya.

Kes ini menjadi satu lagi peringatan kepada masyarakat supaya sentiasa berwaspada terhadap ancaman scammer yang menggunakan pelbagai taktik licik. Orang ramai disarankan untuk mengambil langkah keselamatan, seperti mengaktifkan ciri pengesahan dua faktor pada aplikasi komunikasi dan tidak berkongsi maklumat peribadi secara sewenang-wenangnya.

Jika anda atau kenalan anda menjadi mangsa, segera laporkan kepada pihak berkuasa dan hubungi NSRC di talian 997 untuk tindakan lanjut.

FH Idol: Batu Loncatan Menuju Era Baru Pemasaran Digital di FH Cinema – FH

Image
Image

Contact Info

No. 517 Lorong Pasir Putih 8A,
Taman Pasir Putih,
88200 Putatan Sabah.

Copyright © 2026 F Harmthon Production Sdn Bhd (1329111-D).

Register Form

Cancel

Sign in to your account

Register Form

Cancel

Sign in to your account