KKM Beri Amaran Salahguna Nama Rasmi

Image
Putrajaya- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengeluarkan amaran berhubung penyalahgunaan nama rasmi kementerian oleh sebuah syarikat atau entiti yang terlibat dalam penjualan produk kesihatan tidak terkawal.

Iklan tersebut disebarkan melalui halaman Facebook ‘Ministry of Health - KKM’ dan ‘Kuala Lumpur Hospital KKM’, serta laman web https://www.healthcare-central.asia/hospital-kkm, yang bukan milik KKM atau mana-mana fasiliti di bawahnya.

 
Image
KKM turut mengingatkan orang ramai untuk berhati-hati dengan iklan produk kesihatan yang tidak sah, serta mendapatkan nasihat daripada profesional kesihatan berdaftar sebelum menggunakan produk kesihatan bagi mengelakkan kesan sampingan atau masalah kesihatan lain.

KKM menegaskan bahawa kementerian tidak bertanggungjawab atas sebarang akibat daripada penggunaan produk yang dijual melalui saluran yang tidak sah.

Pakej rakaman lagu FH Production Sdn Bhd. Klik gambar untuk info lanjut

Image
Image

Contact Info

No. 517 Lorong Pasir Putih 8A,
Taman Pasir Putih,
88200 Putatan Sabah.

Copyright © 2026 F Harmthon Production Sdn Bhd (1329111-D).

Register Form

Cancel

Sign in to your account

Register Form

Cancel

Sign in to your account