Gelagat Keluarga Supin Dan Sipin Buat Anda Tak Kering Gusi

Image
Tayangan filem pendek Keluarga Supin dan Sipin yang disiarkan di FH Cinema pada 1 Jun 2023 kini masih terus memikat hati penonton. Filem berdurasi 18 minit ini mengisahkan tentang dua beradik kembar tidak seiras yang menjalani kehidupan harian dengan penuh kelucuan dan perselisihan.

Mereka, Supin dan Sipin, sering bertikam lidah dan terlibat dalam situasi lucu yang mencerminkan ikatan kekeluargaan yang erat meskipun sering berbeza pendapat.

Namun, hidup mereka berubah selepas kehilangan bapa tercinta. Sebelum meninggal, bapa mereka meninggalkan pesan penting: "Pandai-pandai lah kamu cari wasiat bapa." Pesan yang penuh misteri ini memberi cabaran kepada kedua-dua beradik untuk mencari dan membuka rahsia yang terkandung dalam wasiat tersebut.
 

Tonton filem Keluarga Supin dan Sipin di sini dengan hanya RM5 tiket bagi satu tontonan

Image
Pencarian mereka membawa penonton kepada kejutan besar yang tidak dijangka, serta memperlihatkan sisi lain hubungan keluarga mereka yang penuh emosi. Keluarga Supin dan Sipin bukan hanya sekadar cerita tentang perbezaan dua beradik, tetapi juga tentang penerimaan, pengorbanan, dan penemuan kebenaran dalam kehidupan.

Bagi mereka yang terlepas menonton filem ini pada tarikh tayangannya, jangan risau – Keluarga Supin dan Sipin masih boleh ditonton di FH Cinema. Jangan lupa untuk menyaksikan kisah menarik ini yang pasti akan membawa senyuman di wajah anda.

Jangan lepaskan peluang untuk melihat bagaimana dua beradik ini melalui perjalanan pencarian mereka yang penuh dengan ketegangan, kejutan, dan pengajaran hidup. Keluarga Supin dan Sipin adalah pilihan filem pendek yang wajib ditonton bagi peminat drama keluarga dengan sentuhan humor dan emosi.

Filem yang diterbitkan oleh produksi Sabah ini dibintangi oleh pelakon antaranya Soidy Bangkong, Pulina Keritek, Roger Sibin, dan ramai lagi
Image

Contact Info

No. 517 Lorong Pasir Putih 8A,
Taman Pasir Putih,
88200 Putatan Sabah.

Copyright © 2026 F Harmthon Production Sdn Bhd (1329111-D).

Register Form

Cancel

Sign in to your account

Register Form

Cancel

Sign in to your account