
Baru-baru ini, media sosial digemparkan dengan khabar angin tentang kematian empat TikToker terkenal dari Sabah yang sering membuat siaran langsung berkenaan aktiviti paranormal. Mereka didakwa terkorban dalam satu kemalangan jalan raya di Jalan Costal Tanjung Aru.
Lebih mengejutkan, seorang pengguna TikTok bernama Mitcel Casey Vlaine turut memuat naik hantaran dengan gambar penyanyi Kevin Larius, seolah-olah mengaitkannya dengan insiden tersebut. Hal ini mencetuskan kekeliruan dan kebimbangan dalam kalangan pengikut setia Kevin, yang tertanya-tanya tentang kesahihan berita itu.
Menafikan dakwaan tidak berasas tersebut, Kevin tampil memberikan penjelasan tegas menerusi akaun Facebooknya.
“Tidak bertanggungjawab orang yang mengatakan kami sudah meninggal. Tuhan tidak terima kami, belum cukup syarat,” ciap Kevin secara ringkas tetapi penuh makna.
Kevin turut menzahirkan rasa kecewa terhadap penyebaran berita palsu yang boleh mencetuskan salah faham dan panik dalam kalangan peminatnya. Buat masa ini, Kevin dilaporkan berada dalam keadaan sihat dan terus aktif dalam karier seni serta media sosial.
Peminat diminta berhati-hati dengan maklumat tidak sahih dan sentiasa merujuk kepada sumber yang boleh dipercayai.


