Benn Simon Bukag Dakwa Karyanya Diciplak: Isu Hak Cipta Lagu Cetus Kontroversi

Image
KOTA KINABALU, 17 Mac – Isu hak cipta kembali menjadi perbincangan hangat di media sosial selepas penyanyi dan komposer terkenal Sabah, Benn Simon Bukag, mendakwa lirik lagunya bertajuk Noromuk Lansanku telah digunakan tanpa kebenaran oleh individu lain yang menjana semula lirik tersebut menggunakan kecerdasan buatan (AI).

Lagu yang didakwa telah diubah tajuk kepada Nosindualan itu mendapat perhatian ramai di saluran YouTube seorang YouTuber yang dipercayai berasal dari Keningau. Selepas penelitian lebih lanjut, warganet mendapati bahawa lirik lagu tersebut mempunyai persamaan ketara dengan karya asal Noromuk Lansanku.
Image
Reaksi Benn Simon Bukag
Di sebalik kekecewaannya, seorang pengguna Facebook bernama Athu Satumin mengkritik tindakan Benn, menuduhnya seolah-olah menjatuhkan individu yang memuat naik lagu tersebut di YouTube.

“Ini masalah artis tempatan Sabah. Baru mahu naik nama, sudah mahu dijatuhkan. Tiada pun persamaan lagu kamu. Kenapa? Terasa banyak peminat dia? Peminat Uyah Channel dari Keningau sebab lagunya sedap,” tulis Athu dalam satu hantaran.

Benn bagaimanapun membalas kenyataan tersebut dengan menegaskan bahawa lirik lagu yang digunakan adalah hak miliknya dan melanggar hak cipta jika diambil tanpa izin.

“Saudara Athu Satumin, untuk menjadikan satu lagu yang lengkap, ia perlu ada melodi dan lirik. Apabila sudah menjadi begitu, hak cipta perlu dijaga. Tidak boleh mengambil bulat-bulat sama ada melodi atau lirik. Cuba kamu bersusah payah mencipta sesuatu, kemudian senang-senang orang lain menuntut hasil kerja kamu. Faham?” tulis Benn dalam satu komen.

Dapatkan Album digital FH Idol ii di FH Cinema sekarang. klik gambar untuk langganan

Image
Sokongan dari Rakan Artis:
Kenyataan Benn mendapat sokongan daripada ramai pengikut dan rakan industri muzik tempatan, yang turut menyelar tindakan individu yang mengambil hak cipta tanpa izin. 

“Sa rasa si Athu tu tidak faham maksud kau, Benn. Dia hanya tahu baca ‘persamaan’ sahaja, terus fikir lagu itu serupa. Orang cakap lirik diciplak, dia fikir lagu pula,” Penyanyi Cindy MCR.

Presiden PERTISA, Adex Gamusic, turut memberi pandangannya dengan menyatakan, mengambil lirik lagu orang lain lalu dijadikan lagu sendiri untuk tujuan komersial seumpama mencuri beras orang lain untuk dimakan sendiri atau bersama keluarga.

“Mungkin sudah tiba masanya membawa kes seperti ini ke mahkamah agar mereka memahami apa itu hak cipta,” ciapnya.

Seorang lagi pengguna media sosial, Ray Geraldson Duin, menegaskan bahawa isu ini bukanlah soal menjatuhkan individu lain tetapi lebih kepada menegakkan hak pemilik karya asal.

“Kalau sudah sama liriknya, memang boleh dikenakan tindakan. Saudara Benn cuma mempertahankan haknya, bukan mengutuk sesiapa,” katanya.

Sertai Ujibakat pencarian pelakon lelaki bagi filem seram komedi terbitan FHPSB

Image
Kesedaran Hak Cipta dalam Industri Kreatif:
Kes seperti ini bukanlah perkara baharu dalam industri muzik, terutama dalam era digital di mana teknologi kecerdasan buatan semakin canggih. Namun, kesedaran tentang hak cipta masih lagi kurang dalam kalangan masyarakat.

Sebagai pemain industri seni kreatif, adalah menjadi tanggungjawab setiap individu untuk menghormati hasil kerja orang lain dan tidak mengambil hak cipta secara sembarangan.

Pihak FH Cinema turut menyeru agar industri seni kreatif di Sabah terus berkembang maju dengan menghormati hak pencipta asal dan mengelakkan isu cetak rompak yang boleh merugikan industri secara keseluruhan.

Sertai Ujibakat pencarian pelakon perempuan bagi filem seram komedi terbitan FHPSB

Image
Image

Contact Info

No. 517 Lorong Pasir Putih 8A,
Taman Pasir Putih,
88200 Putatan Sabah.

Copyright © 2026 F Harmthon Production Sdn Bhd (1329111-D).

Register Form

Cancel

Sign in to your account

Register Form

Cancel

Sign in to your account