
Kota Kinabalu, 21 Mac 2025 – Pengarah Urusan Music Rights Sabah (MRS), Tuan Mohd Ashraf Abdullah, bersama Pengurus Pelesenan MRS Ronney Ajim, dan Pengarah Urusan Music Rights Sarawak Berhad, Puan Juliet Tan, telah mengadakan pertemuan bersama penasihat Undang-Undang MRS, Datuk Roger Chin, untuk membincangkan langkah-langkah perlindungan bagi pemilik asal karya yang terkesan akibat pencurian hasil seni oleh individu tidak bertanggungjawab. Pertemuan itu berlangsung di Kota Kinabalu pada Khamis.
Sejak minggu lalu, beberapa lirik lagu ciptaan artis tempatan dilaporkan telah digunakan tanpa kebenaran, mencetuskan kebimbangan serta kemarahan dalam kalangan pemuzik dan pencipta lagu. Isu ini menarik perhatian MRS, organisasi pengurusan kolektif yang diiktiraf oleh Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), yang kini berusaha menangani perkara tersebut.
TONTON FILEM-FILEM SABAHAN DI FH CINEMA
AVAKAS, By Marc Abas : https://fhcinema.com.my/films/course/avakas
The Photographer, By Marc Abas: https://fhcinema.com.my/films/course/the-photographer
The Silence Of 177, By Marc abas: https://fhcinema.com.my/films/course/silence-of-the-177
TONTON FILEM-FILEM SABAHAN DI FH CINEMA
AVAKAS, By Marc Abas : https://fhcinema.com.my/films/course/avakas
The Photographer, By Marc Abas: https://fhcinema.com.my/films/course/the-photographer
The Silence Of 177, By Marc abas: https://fhcinema.com.my/films/course/silence-of-the-177

Dalam pertemuan tersebut, beberapa penggiat seni turut hadir bagi menyuarakan kebimbangan mereka. Antara yang terkesan ialah Benn Simon, Ateng, dan Kristo Yanto, yang mendakwa karya mereka telah digunakan tanpa izin dalam lagu yang dimuat naik ke media sosial.
Dakwaan Kes Pelanggaran Hak Cipta
- Benn Simon dan Ateng: Benn Simon mendakwa lirik lagunya Noromuk Lansanku telah digunakan dalam lagu Nosindualan tanpa persetujuannya. Sementara itu, Ateng menyatakan bahawa lirik ciptaannya, Norubat Pigianawaan, telah diubah suai dengan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi menghasilkan lagu baharu bertajuk Nuh Salah Ku Dika. Individu yang bertanggungjawab dalam kes ini telah memadamkan lagu-lagu berkenaan selepas menerima teguran.
Kristo Yanto: Lagu Opodih Langadon ciptaan Kristo Yanto didakwa telah ditukar nama kepada Marsha Kina Lunjimpang, dengan perubahan ketara dari segi penyusun muzik dan penulis lirik. Malah, penyanyi asal lagu itu, Ellys Emith, turut digantikan dengan individu lain tanpa kebenaran.
DAPATKAN ALBUM DIGITAL MTV FH IDOL II DI FH CINEMA DENGAN HANYA RM10 SEKARANG
Album digital FH idol ii : https://fhcinema.com.my/music/course/muzik-tv-fh-idol-iii
DAPATKAN ALBUM DIGITAL MTV FH IDOL II DI FH CINEMA DENGAN HANYA RM10 SEKARANG
Album digital FH idol ii : https://fhcinema.com.my/music/course/muzik-tv-fh-idol-iii
Tindakan dan Langkah Seterusnya
MRS menasihatkan para artis yang terjejas supaya terlebih dahulu berusaha menyelesaikan isu ini secara perbincangan dengan pihak yang terlibat. Sekiranya tiada penyelesaian dicapai, MRS akan membantu dengan mengeluarkan surat guaman bagi membawa kes ini ke mahkamah, selaras dengan peruntukan Akta Hak Cipta 1987.
Menurut Seksyen 41(1) Akta tersebut, individu yang terbukti bersalah menyebarkan atau mengedarkan karya tanpa kebenaran boleh dikenakan denda sehingga RM250,000 atau hukuman penjara maksimum lima tahun, atau kedua-duanya sekali.

MRS Menyeru Kesedaran Tentang Hak Cipta
MRS turut menyeru masyarakat, khususnya pengguna media sosial, supaya lebih menghormati hak cipta penggiat seni tempatan, terutama karya-karya berasaskan budaya etnik Sabah.
Sebagai badan yang bertanggungjawab dalam menguruskan hak cipta para ahlinya, MRS menegaskan bahawa pihaknya tidak akan berkompromi dalam melindungi harta intelek pemuzik dan pencipta lagu di negeri ini.
"Hormati karya seni tempatan dan lindungi hak pencipta asal," ujar MRS dalam kenyataan rasminya.

