
PUTATAN, SABAH – Seekor buaya dikesan berada di dalam parit berhadapan stesen minyak Shell Putatan pada Isnin, mencetuskan kebimbangan dalam kalangan penduduk setempat dan pengguna jalan. Kejadian ini menimbulkan persoalan mengenai keselamatan kawasan perbandaran yang kini tidak terkecuali daripada kehadiran haiwan liar berbahaya.
Rakaman kehadiran reptilia itu tular di media sosial, dengan pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang menyuarakan rasa risau terhadap keselamatan penduduk, khususnya kanak-kanak dan pejalan kaki yang sering melalui kawasan berkenaan.
“Bahaya untuk pejalan kaki. Kalau malam-malam tidak nampak pun, boleh jadi tragedi,” kata Bro Bren.
“Kalau ada budak-budak lalu, tiba-tiba buaya tu menyambar, siapa yang bertanggungjawab?” tulis Elmir Rayyan Rayyan.
Terdapat juga netizen yang melontarkan sindiran dan gurauan, menjadikan kejadian ini perbualan hangat. Antaranya menyarankan buaya itu ditangkap untuk dijadikan "pusas" atau satey.
“Bagus ni... masih lembut isinya kalau buat satey,” komen Win Chees Jibin.
“Kalau ada budak-budak lalu, tiba-tiba buaya tu menyambar, siapa yang bertanggungjawab?” tulis Elmir Rayyan Rayyan.
Terdapat juga netizen yang melontarkan sindiran dan gurauan, menjadikan kejadian ini perbualan hangat. Antaranya menyarankan buaya itu ditangkap untuk dijadikan "pusas" atau satey.
“Bagus ni... masih lembut isinya kalau buat satey,” komen Win Chees Jibin.
“Dengan buaya pun kamu hairan ka? Buaya-buaya dalam parlimen dan DUN kamu tidak hairan pula,” ujar Lee Choon.
“Buaya sekarang moden sudah... dia mau pindah ke bandar cari makanan,” seloroh Bunga Seribu.
“Buaya sekarang moden sudah... dia mau pindah ke bandar cari makanan,” seloroh Bunga Seribu.
Berdasarkan kajian Jabatan Hidupan Liar Sabah, buaya air masin (Crocodylus porosus) merupakan spesies utama yang menghuni kawasan sungai dan pesisir pantai di Sabah. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat peningkatan laporan penampakan buaya di kawasan berpenduduk berikutan pencerobohan habitat, pembuangan sisa makanan ke dalam parit, dan perubahan ekosistem akibat pembangunan.
Menurut statistik yang dikeluarkan pada 2023, lebih 80 laporan penampakan buaya diterima di seluruh Sabah, dengan beberapa kes melibatkan serangan terhadap manusia di kawasan sungai terbuka.
Ada juga netizen yang mendakwa buaya berkenaan telah berkeliaran di kawasan tersebut sejak beberapa bulan lalu, namun masih belum ada tindakan konkrit diambil oleh pihak berkuasa.
“Sudah lebih dua bulan viral, tapi masih tiada tindakan. Tunggu kena makan orang baru ka?” tambah Nazmi Arif.
Ada antara netizen turut memberi pandangan buaya itu mungkin berasal dari kolam ternakan, atau tersesat dari sungai berhampiran yang bersambung dengan sistem perparitan di kawasan bandar. Beberapa suara menyarankan agar siasatan dibuat ke atas premis ternakan berlesen berhampiran atau kemungkinan ia terlepas semasa banjir.
Orang ramai menggesa agar pihak Jabatan Hidupan Liar Sabah atau agensi berkaitan segera menangani isu ini bagi mengelakkan kejadian tidak diingini. Setakat artikel ini ditulis, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh mana-mana pihak berkuasa.
Orang awam dinasihatkan agar tidak cuba mendekati buaya tersebut, dan segera melaporkan sebarang pergerakan kepada pihak berkuasa terdekat untuk tindakan pantas dan selamat.

