
Di sebalik kejayaan ramai warga kerja di Sabah yang kini bergraduasi dengan diploma atau ijazah, ada seorang kaunselor pendidikan yang sentiasa berdiri di sisi mereka – Ms. Neni.
Beliau bukan sekadar kaunselor biasa. Sejak beberapa tahun lalu, Ms. Neni telah menjadi rakan bimbingan kepada ramai pelajar yang memilih laluan Pengajian Jarak Jauh (PJJ) dan Open Distance Learning (ODL).
Ujarnya, ramai yang datang kepadanya dengan penuh keraguan – ada yang bimbang tidak mampu menguruskan kerja dan belajar, ada yang takut gagal kerana sudah lama meninggalkan alam persekolahan, malah ada yang merasa tidak layak kerana kekurangan sijil akademik.
Namun katanya, berkat bimbingan sabar dan dorongan berterusan, mereka akhirnya berjaya mengubah nasib.
“Tahun ini, pada November 2025, ramai pelajar bimbingan saya akan bergraduasi. Mereka bermula dengan rasa ragu dan takut gagal, tetapi akhirnya mereka bersedia memakai jubah konvokesyen dengan penuh bangga.
“Kejayaan itu tidak berlaku dengan sendiri. Program PJJ/ODL yang saya bimbing menawarkan fleksibiliti yang jarang ada pada sistem pengajian konvensional. Pengajian sepenuhnya dijalankan secara dalam talian, kelas hanya dua kali sebulan pada hujung minggu, dan peperiksaan dijalankan secara online.
“Lebih penting, program ini diiktiraf oleh MQA serta diakui kerajaan dan majikan. Terdapat juga pilihan sijil profesional industri bagi menambah kemahiran praktikal pelajar,” ujarnya.
Tambahnya, sistem ini membuka ruang kepada mereka yang tidak memenuhi syarat akademik melalui laluan APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning). Dengan APEL, pengalaman kerja yang bertahun-tahun boleh diiktiraf dan dijadikan tiket kemasukan ke pengajian tinggi.

Bagi Ms. Neni, kejayaan paling besar bukan sekadar melihat pelajar mendapat sijil, tetapi menyaksikan perubahan hidup mereka. Ada yang akhirnya mendapat kenaikan pangkat, ada yang berjaya menukar kerjaya dengan gaji lebih baik, dan ada juga yang menjadi inspirasi kepada anak-anak mereka sendiri.
“Ramai yang mula dengan rasa takut. Tetapi apabila mereka percaya pada diri sendiri, dibantu dengan sistem yang fleksibel, semuanya jadi mungkin. Saya hanya membantu membuka jalan, selebihnya adalah usaha mereka sendiri,” tambahnya.
Hari ini, semakin ramai warga kerja di Sabah berani mengambil langkah pertama kerana tahu mereka tidak keseorangan. Dengan adanya sokongan kaunselor seperti Ms. Neni, program PJJ/ODL bukan sekadar peluang belajar, tetapi satu perjalanan mengubah kehidupan dan masa depan.
Bagi mana-mana individu yang berminat untuk mendapatkan khidmat nasihat dan bantuan mengenai perkara ini boleh berhubung terus atau datang ke pejabat seperti informasi di bawah:
Bagi mana-mana individu yang berminat untuk mendapatkan khidmat nasihat dan bantuan mengenai perkara ini boleh berhubung terus atau datang ke pejabat seperti informasi di bawah:
Kota Kinabalu Interface Global Education (M) Sdn Bhd
Lot 8CF04C, Tingkat 8, Block C Kompleks Karamunsing
88300 Kota Kinabalu, Sabah
Ms. Neni: 017 867 8911
Pejabat: 088-211 455


