Sabah FC Lancar Jersi Baharu Musim 2025/26 Bersama adidas

Image
KOTA KINABALU, 4 SEPTEMBER 2025 – Aura kebangkitan Sang Badak semakin terserlah apabila Sabah FC melancarkan jersi rasmi musim 2025/26 dengan kerjasama jenama sukan terkemuka dunia, adidas. Majlis pelancaran bertemakan “The Rise of the Rhinos” itu berlangsung meriah di Suria Sabah, sekali gus mengangkat Sabah FC sebagai kelab pertama di Malaysia yang menerima tajaan rasmi adidas musim ini.
 
Jersi baharu hadir dengan sentuhan moden tanpa meninggalkan elemen tradisi. Warna merah pada jersi Home melambangkan keberanian dan kebanggaan pasukan, manakala jersi Away berwarna biru membawa makna kekuatan serta perpaduan. Kedua-duanya direka ringkas, bergaya, dan tersemat dengan lambang kebanggaan Sabah FC.
 
Pengurus Negara adidas Malaysia, Preston Page berkata, Sabah FC telah membuktikan kemampuan mereka dengan menamatkan saingan Liga Super di tangga ketiga musim lalu.
 
 
Image
 
“adidas percaya bola sepak mampu menyatukan masyarakat, dan kerjasama ini akan membuka lebih banyak ruang inspirasi untuk generasi muda,” jelasnya.
 
Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah merangkap Timbalan Ketua Menteri Sabah, YB Datuk Ir. Shahelmey Yahya turut menzahirkan penghargaan terhadap keyakinan adidas.
 
“Ini bukan sekadar kerjasama penajaan, tetapi satu pengiktirafan antarabangsa terhadap prestasi dan pengurusan Sabah FC,” katanya.
 
Selepas majlis pelancaran, peminat berpeluang menghadiri sesi ramah mesra bersama para pemain di Sportmart Suria Sabah – satu pengalaman bermakna untuk penyokong setia Sang Badak menjelang musim baharu.
 
Jersi Home dan Away 2025/26 dijual pada harga RM169 dan boleh didapati di butik adidas terpilih, kedai sukan rakan jualan seperti Sportmart dan Ararat di seluruh Sabah serta Labuan, atau secara dalam talian di adidas.com.my. (Nota: Jersi Home hanya akan tersedia hujung September).
Image

Contact Info

No. 517 Lorong Pasir Putih 8A,
Taman Pasir Putih,
88200 Putatan Sabah.

Copyright © 2026 F Harmthon Production Sdn Bhd (1329111-D).

Register Form

Cancel

Sign in to your account

Register Form

Cancel

Sign in to your account