Alfian Aiman & Hazeem Hidupkan Kisah Sahabat Dalam Muzik TV

Image

Kota Kinabalu – Penyanyi berbakat, Alfian Aiman, baru-baru ini menjalankan penggambaran muzik TV untuk lagu duetnya bersama penyanyi Hazeem berjudul Terima Kasih Sahabat, sebuah karya bergenre pop rock yang sarat dengan nilai persahabatan sejati.

 

Lagu ini dirakam pada 2019 di bawah penerbitan dan edaran F Harmthon Production Sdn Bhd (FH), dan kini akhirnya muzik TV bagi lagu ini dapat direalisasikan.

 

Penggambaran dijalankan di sekitar Kota Kinabalu, termasuk Ujana Rimba Tropika, Api-Api Centre, serta Restoran Mirza di Alam Mesra. Menariknya, meskipun hujan lebat dan angin kuat menangguhkan penggambaran pada sebelah pagi, pasukan produksi mengambil inisiatif berpindah lokasi sementara menunggu cuaca kembali reda.

 

Dalam temu bual eksklusif bersama hos rancangan “Jom Kita Snap” terbitan FH, Cindy MCR, Alfian mengakui bahawa lagu ini sangat bermakna bagi dirinya dan Hazeem. Lagu ini diilhamkan daripada kisah sebenar persahabatan mereka yang sentiasa saling menyokong, memberi semangat dan dorongan ketika berdepan cabaran hidup.

 

“Lagu ini sememangnya kisah kami. Lirik ditulis oleh saya sendiri, manakala Helmy Mala membantu menghasilkan melodi. Komposer yang menyusun lagu ini sehingga menjadi sebuah karya menarik ialah Freddy Harmthon,” ujarnya.

 

Hazeem turut berkongsi bahawa penggambaran muzik TV ini lama tertangguh kerana faktor masa dan jarak, memandangkan Alfian kini menetap di Kuala Lumpur manakala beliau berada di Sabah.

 

“Selepas lagu ini diterbitkan, COVID-19 melanda negara. Jadi kami terpaksa pendam hasrat itu sehinggalah kini akhirnya tercapai juga impian kami untuk merealisasikan makna sebenar lagu ini untuk tatapan semua,” jelasnya.

 

Alfian juga menyampaikan penghargaan kepada pihak produksi atas kreativiti dan dedikasi mereka.

 

“Awalnya saya cadang buat penggambaran biasa-biasa saja. Tapi bila sampai lokasi, saya teruja dengan konsep muzik TV yang dirancang oleh pengarah Freddy Harmthon. Ia seperti filem pendek dengan jalan cerita yang benar-benar mengangkat maksud lagu ini. Saya sangat berpuas hati dengan hasil akhirnya,” katanya.

 

Selain itu, Alfian turut memperkenalkan anak muridnya, Hafiz Mohammad dari Kelantan, yang bersamanya dari Kuala Lumpur untuk rakaman lagu baharu bertajuk Cinta Pop Yea Yea di S. Nazri Kausar Production.

 

Beliau juga merakamkan penghargaan kepada semua kru produksi, model terlibat seperti Aiman dan Hafiz Mohammad, serta penyanyi JJ. Sham – pemilik Restoran Mirza yang sudi menjadikan premisnya sebagai salah satu lokasi utama penggambaran.

 

Kini, muzik TV “Terima Kasih Sahabat” telah diterbitkan dan dimuat naik di saluran YouTube rasmi FH, selain turut tersenarai dalam FH Cinema Awards 2026 bagi kategori Muzik TV.

Image

Contact Info

No. 517 Lorong Pasir Putih 8A,
Taman Pasir Putih,
88200 Putatan Sabah.

Copyright © 2026 F Harmthon Production Sdn Bhd (1329111-D).

Register Form

Cancel

Sign in to your account

Register Form

Cancel

Sign in to your account