FHSB lancar dua album rohani

Image
Kota Kinabalu – Syarikat penerbitan tempatan, F Harmthon Production Sdn Bhd, telah melancarkan dua buah album lagu rohani terbaharu menerusi platform digital FH Cinema, sekali gus membuka ruang kepada masyarakat untuk menikmati karya rohani tempatan secara lebih mudah dan fleksibel.
 
Dua album tersebut ialah Di Hadapan-Mu dan Cahaya Natal, yang masing-masing membawa pendekatan dan mesej rohani berbeza namun saling melengkapi dari segi nilai spiritual dan penghayatan.
 
Album Di Hadapan-Mu menghimpunkan 30 buah lagu yang berteraskan tema penyesalan dan kesyukuran. Album ini mengangkat perjalanan rohani manusia yang kembali merendah diri di hadapan Tuhan, mengakui kekhilafan, memohon keampunan serta mensyukuri rahmat yang masih dikurniakan. Setiap karya disusun dengan nuansa tenang dan reflektif, sesuai untuk pendengaran peribadi, doa serta muhasabah diri.

Dapatkan Album Di Hadapan - Mu di sini. klik poster

Image
 
Sementara itu, album Cahaya Natal menampilkan 31 buah lagu rohani bertemakan Natal yang membawa suasana keceriaan, pengharapan dan kasih sayang sejajar dengan semangat perayaan. Album ini sesuai dinikmati oleh seisi keluarga dan menjadi pengiring rohani sepanjang musim Natal. 

Album Di Hadapan Mu - trailer

Menurut Pengarah Urusan merangkap pencipta lagu, Freddy Harmthon, kedua-dua album ini merupakan projek amal (charity) terbitan syarikatnya, di mana sebahagian hasil daripada langganan akan disalurkan sebagai sumbangan kepada golongan yang memerlukan pada masa akan datang. Sumbangan ini turut merangkumi inisiatif pembentukan belia dan kerohanian, selain sokongan kepada gereja-gereja yang memerlukan. Inisiatif ini mencerminkan komitmen syarikat dalam menyumbang kembali kepada masyarakat melalui medium seni dan muzik.

Kesemua lirik, melodi serta susunan muzik bagi kedua-dua album ini merupakan hasil ciptaan Freddy Harmthon, yang turut bertindak sebagai pencipta dan penyusun muzik untuk projek berkenaan.
 

Dapatkan Album Cahaya Natal. klik poster

Image
Kedua-dua album ini kini boleh diakses secara eksklusif di platform digital FH Cinema dengan harga langganan RM10 bagi setiap album. Langganan ini membolehkan pengguna menikmati kesemua lagu pada bila-bila masa dan di mana sahaja, dengan tempoh akses sehingga lima tahun, bergantung kepada kekerapan tontonan dan pendengaran.

Melalui penerbitan ini, Freddy turut berharap karya rohani tempatan dapat terus mendapat tempat di hati masyarakat, di samping menjadi medium untuk menyebarkan nilai kebaikan, harapan dan kasih kepada mereka yang memerlukan.

Jika anda suka kandungan seperti ini dan ingin menyokong pembangunan seni & dokumentasi kreatif Sabah, anda boleh menyumbang secara ikhlas bermula RM1.

Sokong Melalui WhatsApp

Album Cahaya Natal Trailer

Image

Contact Info

No. 517 Lorong Pasir Putih 8A,
Taman Pasir Putih,
88200 Putatan Sabah.

Copyright © 2026 F Harmthon Production Sdn Bhd (1329111-D).

Register Form

Cancel

Sign in to your account

Register Form

Cancel

Sign in to your account