
Di sebalik kesibukan hidup dan rutin kerja sambilan yang sentiasa bergerak, ada satu ruang kecil yang menjadi tempat Norhamnah Mohamad berhenti seketika untuk bernafas — dunia penulisan. Bagi wanita yang lebih dikenali sebagai Hamnah ini, setiap tulisan adalah perjalanan rasa, pengalaman manusia dan helaian renungan yang lahir dari hati. Perjalanannya mungkin sederhana, namun di situlah nilai yang membentuk kisah hidupnya sebagai seorang penulis.
Berasal dari Semporna dan kini menetap di Kota Kinabalu, Hamnah melalui kehidupan yang aktif dengan pelbagai komitmen. Beliau bekerja secara part-time menjual produk di pelbagai event, membantu menyediakan bahan pemasaran, menjalankan kerja-kerja affiliate, menulis blog dan pada masa yang sama mengikuti kelas kemahiran jahitan untuk menambah ilmu serta pendapatan. Walaupun jadual hidupnya padat, minat terhadap penulisan tidak pernah hilang — malah menjadi sebahagian daripada perjalanan dirinya.
Langkah awal Hamnah dalam dunia penulisan bermula pada tahun 2019 apabila beliau terlibat dalam penerbitan buku anekdot bersama 21 orang penulis lain. Karyanya dimuatkan dalam buku SeramMedi melalui tulisan bertajuk “Sundal Bolong”, yang kemudian membuka pintu kepada penglibatan lebih serius dalam penulisan cerpen. Sebelum itu, blog peribadi menjadi tempatnya mencatat rasa, berkongsi pemerhatian dan menyimpan cerita yang tidak selalu terucap.
Daripada sebuah blog, lahir keberanian untuk berkarya. Sejak itu, Hamnah menyertai beberapa projek buku kompilasi. Dalam Antologi Cerpen Secawan Kopi 2, beliau menulis karya “Sepahit Secawan KopiMin”, kisah tentang seorang lelaki B40 bernama Roy yang berjuang mencari rezeki namun sering menjadi mangsa fitnah rakan-rakan sendiri. Seterusnya, dalam Secawan Kopi 6, cerpen “Tentang Sarah” mengangkat pengorbanan seorang anak sulung dan ibu tunggal yang melepaskan impian demi masa depan adik-adiknya. Karya terbaharunya pula, “Kisah Hidup Wanita Palahu Semporna”, bakal diterbitkan — membawa naratif tentang kehidupan komuniti Palahu yang hidup di atas bot, berhadapan cabaran laut dan arus kemodenan daratan.
ada gambar tapi mau di upgrade? FH boleh atur

Dalam setiap cerita yang ditulisnya, Hamnah membawa elemen empati dan kemanusiaan. Tidak semua kisah datang daripada pengalaman sendiri — ada yang lahir daripada rasa kasihan, keprihatinan dan keinginan untuk memberi kesedaran. Baginya, penulisan bukan sekadar hiburan, tetapi refleksi tentang realiti dan kehidupan.
Namun, perjalanan ini bukan tanpa cabaran. Sebagai penulis yang juga bekerja sambilan, Hamnah sering berdepan kekangan masa dan kewangan. Ada bulan di mana fokusnya terarah kepada kerja dan event, lalu dunia penulisan perlu ditangguhkan seketika. Apabila masa mengizinkan, barulah beliau kembali kepada manuskrip dan idea yang masih menunggu untuk diteruskan. Baginya, setiap karya memerlukan proses — membaca, meneliti, mengkaji — kerana seorang penulis tidak sekadar menulis tanpa memahami.
Walaupun begitu, tekadnya untuk terus berkarya tetap utuh. Hamnah masih aktif menulis, walaupun ilham kadang-kadang memerlukan masa untuk datang. Pesanan arwah sifunya agar tidak pernah berhenti menulis menjadi antara kekuatan yang membimbing langkahnya. Perjalanannya mungkin perlahan, namun ia tetap bergerak — setapak demi setapak.
Hamnah berharap agar setiap karyanya dapat memberi manfaat dan menjadi pedoman kepada pembaca. Beliau menulis bukan untuk menyalahkan sesiapa, tetapi untuk mengajak manusia melihat kehidupan dari sudut yang lebih halus dan manusiawi. Dalam ketenangan, beliau mengakui bahawa penulisan bukan sahaja menyentuh pembaca, tetapi kadangkala menyentuh dirinya sendiri.
“Saya tidak sempurna. Kadang-kadang bila baca balik apa yang saya tulis, saya pun terasa. Tapi dari situlah kita belajar,” katanya sambil tersenyum kecil.
Begitulah perjalanan Hamnah — sebuah perjalanan yang tidak terburu-buru, tidak dipaksa, tetapi terus hidup melalui kata-kata yang datang dari hati.
mau edit produk untuk promosi? FH buli atur, harga mampu milik serendah RM10

mau edit produk untuk promosi? FH buli atur, harga mampu milik serendah RM10

