Hantu Bungkus Chenaam
Kampung Sungai Chenaam yang selama ini aman damai tiba-tiba digemparkan dengan kemunculan hantu bungkus yang berkeliaran setiap malam. Ada yang berdiri kaku di tepi jalan, ada yang melompat di halaman rumah penduduk — mencetuskan ketakutan dan huru-hara di seluruh kampung.
Tok Ketua bersama penduduk kampung berusaha meredakan keadaan. Ustaz dipanggil, bomoh diundang, pasukan ronda malam ditubuhkan — namun semakin dihalang, semakin banyak pula hantu bungkus muncul. Seolah-olah kampung itu sedang disumpah.
Segala tuduhan mula terarah kepada Pak Maun, pengurus jenazah kampung. Ada yang percaya berlaku kesilapan dalam pengurusan jenazah sehingga roh tidak tenang. Namun apabila rahsia lama terbongkar, kebenaran yang lebih mengejutkan muncul ke permukaan.
Di sebalik ketakutan dan kekecohan itu, tersembunyi kisah dendam, kealpaan manusia dan pengajaran tentang keinsafan — disampaikan dalam balutan seram-komedi yang mencuit hati dan menyentuh emosi.
Sebuah telefilem seram-komedi penuh pengajaran,
“Hantu Bungkus Chenaam”
Arahan & Skrip: Raja Azrey (FDAM)
Barisan Pelakon:
Raja Azrey sebagai Tok Ketua
Ucop Cecupak sebagai Pak Maun
Bob Loqstaq sebagai Kader
Schya Syukor sebagai Jojo
Evie Razwan sebagai Badar
Afiq Arifin sebagai Sudin
Myra Edora sebagai Zara
Akay sebagai Pak Tam
Puspa sebagai Rosnah
Eida87 sebagai Melati
Diwan Nawi sebagai Umar
Semut Mallawi sebagai Semut
Nizan Zakaria sebagai Ghazali
Alliey sebagai Siti
Diskaun RM1 khas untuk ahli FH Elite Members.
Hubungi pihak FH Cinema untuk tebus harga istimewa. I I
| Category | New Release |
| Genre | No Genre |
| Time Limit | 120 Minutes |
| Total Viewer | 1 |
