Films

Sang Pangkalewu

Sang Pangkalewu

RM5.00
| 30 Mins

Pada suatu malam, Nur bersama sahabatnya Tasha tanpa sengaja menyelamatkan seorang gadis misteri bernama Seri yang sedang diburu sekumpulan lelaki upahan. Mereka membawanya pulang ke rumah guru silat mereka, Rasyid, yang juga abang kepada Nur untuk mendapatkan bantuan. Namun, kehadiran Seri mula menimbulkan tanda tanya. Siapakah Seri sebenarnya dan mengapa Boss Apandi begitu beria memburunya?

Category Popular Now
Genre Horror
Time Limit 45 Minutes
Total Viewer 116
5

Average Rating

100% 12 Ratings

waniy

2 Months ago

Cerita komedi seram yang best, tak bosan. Lakonan semua orang bagus dan meyakinkan. Tahniah pada semua.. kipidapp

Meor Suhairi

2 Months ago

Teruskan usaha memartabatkan seni silat warisan kita dalam filem

Nia

2 Months ago

Short movie ni sangat menarik, walaupun syuting malam hari cinematografi ok, time fight camera tak goyang, keep it up. Semoga nnt lebih banyak lg short movie mcm ni...
Tahniah utk semua pelakon dan crew...

Amir

3 Months ago

Terbaikkk

manggis

3 Months ago

tahniah semua...jalan cerita yg menarik, penuh emosi dan pengajaran...?????

rayne

3 Months ago

Plot bagus , short filem yang bermutu,ada Suspend, action, fight,humour, mistik,horror tang hujung tapi senang faham , ada efect CGI walau tak banyak boleh improve, sound effect bagus juga boleh di improve ,overall filem ni bagus dan Berbaloi ditonton, 9.5/10 .
Ada potensi untuk lebih maju .
Tahniah Team Sembang Kemaih for the great work.

Nurin

3 Months ago

Watak masing² sgt hidup dgn pelbagai aksi. Gabungan serius, komedi, seram dan geram. Geram sbb mcm ada kesinambungan part 2 ja pada penilaian ending cerita dia.

Wani Ni'mah

3 Months ago

Menarik sgt jalan penceritaan cerita ini. Gabungan Seram, komedi dan ada unsur pengajaran bergabung MELETOPPP. MANTAP!!!

Herman Kasro

3 Months ago

Sebuah filem dengan permainan kamera yang menarik dan shot yang baik. Secara keseluruhan, sebuah cerita yang baik dengan latar muzik yang sesuai. Saya mengharapkan keseramannya lebih panjang, dan ada penjelasan tentang apa itu Sang Pangkalewu - mungkin ada kesinambungan? Sebuah filem pendek yang cukup rasa! Tahniah.

Danial Fahmi

3 Months ago

jalan cerita yang sangat menarik dan tak jemu tengok ada lawak ada serius ada seram dia memang sangat padu

kae rie

3 Months ago

terbaik...kemungkinan ada part 2 cerita nih

Nizam Mahawangsa

3 Months ago

Terbaik semua...keseluruhan memuaskan.

Load More
Image

Contact Info

No. 517 Lorong Pasir Putih 8A,
Taman Pasir Putih,
88200 Putatan Sabah.

Copyright © 2026 F Harmthon Production Sdn Bhd (1329111-D).

Register Form

Cancel

Sign in to your account

Register Form

Cancel

Sign in to your account