Filem "Motif Killer" kini distrim di FH Cinema

Image
Sebuah filem bertajuk "Motif Killer" Terbitan Mashelo Production kini boleh distrim di platform digital FH Cinema.

Filem berdurasi 55 minit ini mengisahkan tenang Akir seorang bekas pelajar kolej yang mempunyai gangguan jiwa kerana kisah silamnya. Akir sering menjadi mangsa buli dan selalu diperlekehkan kerana rupa, dan perwatakanya yang pelik membuatkan Akir tidak mempunyai kawan serta selalu diketepikan.
 
Cerita bermula di mana Akir mula berubah menjadi seseorang yang tidak waras dan telah menjadi seorang pembunuh yang kejam, sehingga beliau diburu oleh dua orang pegawai Polis iaitu Detektif Kamal dan juga Sarjan Fakhri.
 
Dalam masa yang sama juga, Lily, salah seorang pelajar kolej juga telah hilang. Nadia, Amir dan Nadhim yang merupakan sahabat baik kepada Lily juga turut buntu dan berduka kerana kejadian buruk itu telah menimpa kepada kawan baik mereka.
 
Amir yang takut dengan hal itu segera melaporkan kejadian itu kepada pihak polis.
Bagaimanakah kesudahannya. Dapatkah Amir, Nadia dan Nadhim membantu pihak Polis dalam menyelesaikan kes ini. Jawapannya hanya akan dapat diketahui dengan menyaksikan filem ini di FH Cinema.

Pengarah filem Motif Killer adalah Raja Alif dan dibarisi pelakon antaranya Farie Jelita, Amy Kerrie, Shazrul Aiman, Akir Anaqi, Taufiq Zulkpli, Jiejoey Naprin, Haikal Masro, Rais Raz, Ewan Suhaimi.

Filem Motif Killer boleh ditonton dengan hanya RM5 di link ini:
Image

Contact Info

No. 517 Lorong Pasir Putih 8A,
Taman Pasir Putih,
88200 Putatan Sabah.

Copyright © 2026 F Harmthon Production Sdn Bhd (1329111-D).

Register Form

Cancel

Sign in to your account

Register Form

Cancel

Sign in to your account