filem Motif Killer lebih mantap jika ada babak letup-letup - Penonton

Image
Sungguhpun menghadapi pelbagai rintangan dan dugaan sepanjang pembikinan filem, filem bertajuk “Motif Killer” akhirnya berjaya menemui penonton di platform digital FH Cinema dan mendapat markah lapan persepuluh daripada penonton.

Mula ditayangkan pada Jumaat 2 Februari 2024 di FH Cinema, filem ini mengambil masa sepuluh hari untuk disiapkan dengan dibarisi 11 orang pelakon termasuk kru.

Menurut pengarah filem “Motif Killer” Raja Alif, projek untuk filem ini sudah lama dirancang, dan telah menjalani beberapa fasa sebelum ianya direalisasikan menjadi sebuah filem aksi yang cukup menarik.

“Kami kerap membuat dua projek filem pendek dalam satu bulan, yang disiarkan di YouTube, tetapi kali ini kita buat satu cerita untuk dijual. Jadi banyak idea yang timbul daripada pasukan saya dan berdasarkan kepada skrip asal, ia menjurus kepada cerita hantu.

klik poster untuk menonton filem Motif Killer

Image
"Namun apabila difikirkan semula, kos pembikinan carita hantu memakan belanja yang besar; kedua adalah lokasi yang agak mencabar dan masa pelakon yang tidak menentu. Kebanyakan pelakon yang terlibat, terikat dengan pembikinan untuk filem dan drama di produksi lain, jadi perkara ini yang menyebabkan kita mempunyai masa yang terhad untuk siapkan projek.

“Untuk minimumkan kos dan masa penggambaran, saya cuba cari cerita yang boleh dibuat di sekitar kuala Lumpur, dan kawasan yang senang serta menarik, disamping dekat untuk kita buat kerja.

“Jadi daripada perkara tersebut timbul idea tentang pelajar kolej, yang mana melibatkan persahabatan baik dan dalam masa yang sama ada babak pergaduhan.

“Cuma saya tidak suka dengan cerita seperti itu dan saya suka cerita seperti triller aksi, sebab kebanyakan orang-orang kita ini memang suka tengok cerita-cerita seperti itu. Cerita aksi, seram, yang mempunyai elemen wow.

“Dari itu saya olah balik skrip dan idea yang diorang bagi sehingga timbul idea membuat filem ‘Motif Killer’ ini,”katanya.

Menjawab komen penonton yang mengatakan filem “Motif Killer” lebih menarik jika ada aksi letup-letup, Alif mengakui masih kurang mahir dalam membuat babak tersebut.

“Untuk aksi letup-letup ini, ia memerlukan kemahiran yang cukup dan kos yang tinggi. Kita juga perlu meneliti keselamatan pelakon.

“Kita bukan produksi yang besar, kita hanya produksi yang dapat menerbitkan filem yang biasa-biasa. Kalau kita buat filem, paling penting adalah kita perlu berfikir panjang, tentang risiko dan juga keselamatan Pelakon. Tapi inshallah satu masa nanti andai kata ada rezeki lebih dan idea untuk projek seterusnya, kita akan terapkan babak yang agak agresif.

“Kekuatan kita adalah apabila kita bersatu, bekerja dalam satu pasukan. Biarpun kita menghadapi kesulitan dari segi kos, namun bila kita bekerja dalam satu pasukan, kita mampu menyiapkan satu filem,” ujarnya.

Beliau turut berharap agar filem “Motif Killer” mendapat sambutan dan disokong oleh semua peminat filem tempatan.

“Kami juga berharap agar filem ini mencapai sasaran penayangan minggu pertama sebanyak 1000 tontonan,” akhirinya.

Sebagai rekod, filem pendek berdurasi 55 minit terbitan Mashelo Production ini menelan belanja sebanyak RM2,000.00 yang melibatkan kos makanan, sewaan lokasi Condo Residence Reiz, barang penggambaran equipment shooting termasuk bayaran pelakon.

Lokasi penggambaran melibatkan tiga lokasi antaranya Residence Reiz Condo, rumah kosong di Damansara dan kedai makan sekitar Damansara.
 
Image

Contact Info

No. 517 Lorong Pasir Putih 8A,
Taman Pasir Putih,
88200 Putatan Sabah.

Copyright © 2026 F Harmthon Production Sdn Bhd (1329111-D).

Register Form

Cancel

Sign in to your account

Register Form

Cancel

Sign in to your account