FH Idol: Batu Loncatan Menuju Era Baru Pemasaran Digital di FH Cinema - FH

Image
“Program-program yang kami jalankan termasuklah pencarian bakat baharu dalam bidang nyanyian FH Idol ini adalah batu loncatan bagi memperkenalkan Platform Digital pemasaran Filem dan Muzik FH Cinema,” demikian kenyataan Pengarah dan Pengasas syarikat Penerbit dan Pengedar, Filem dan Muzik F Harmthon Production Sdn Bhd, Freddy Harmthon (FH) semasa program temubual esklusif Jom Kita Snap (JKS) baru- baru ini yang dihoskan oleh Penyanyi Cindy MCR.
 
Terdahulu, syarikat terbabit telah mengadakan program realiti mencari bakat baharu dalam bidang nyanyian yang di namakan FH Idol Musim Kedua, yang telah berlangsung pada awal November 2022 dan tamat pada 18 Februari 2023.
 
Menurut FH, program tersebut adalah kesinambungan daripada FH Idol Pertama yang telah berlangsung semasa musim COVID-19.
 
“Syukur semua berjalan lancar dan kita telahpun memperolehi lapan pemenang yang mana mereka masing-masing telah memperolehi lagu daripada saya, dan telah dimuatkan dalam sebuah album digital Muzik TV FH Idol 2.
 
“Selain rakaman lagu, kami telah membuat penggambaran Muzik TV di 12 lokasi menarik di Sabah antaranya di Karanahan View (Kota Belud), Sawah Tampasuk (Kota Belud), Borneo Ant House (Tuaran), Peak Of Hope (Tuaran), Jurassic Land Kiulu (Tuaran), Kokol Heven Resort (Menggatal), Kasih Sayang Resort (Menggatal), Le’ One- Kokol ELF (Menggatal), The Iron Park (Penampang), Sinilou Kibambangan Water Park (Penampang), Eko-Pelancongan Mandalipau White Water & Fishpond (Papar) dan sebuah pusat kecantikan Noriz Beauty SPA Beringgis (Papar).
 
“Saya sangat menghargai sokongan semua pemilik lokasi ini kerana telah memberikan kebenaran kepada kami untuk membuat penggambaran dan sekali gus menaja penggambaran tersebut.

Langgan album FH Idol 2 di sini:

Image
“Kini album digital ini telahpun siap sepenuhnya dan telah dipasarkan secara digital di Platform Digital FH Cinema.
 
“Apa yang menarik tentang FH Cinema ini adalah, ia adalah salah satu Platform yang mampu membantu penggiat seni untuk memasarkan produk sama ada Filem ataupun Muzik dalam bentuk album.
 
“FH Cinema adalah pengganti kedai menjual Cakera Padat (CD/DVD) yang sebelum ini menjadi nadi kepada industri namun kini telah lenyap ditelan zaman.
 
“Kini dunia sudah beralih kepada teknologi IT dan FH Cinema sangat sesuai untuk memasarkan produk, tambahan pula hanya yang melanggan atau membeli produk sahaja yang akan dapat menonton filem atau klip muzik yang ada di dalam FH Cinema,” katanya.
 
Ujarnya, FH Cinema sangat berbeza denga platform digital yang lain kerana pelanggan yang melanggan filem atau muzik tidak terikat dengan bayaran bulanan, dan hanya membayar sekali sahaja untuk menonton karya yang mereka kehendaki.
 
“Saya cukup berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana telah menyokong projek Muzik TV FH idol 2 kerana dengan adanya dana daripada pihak kerajaan melalui sokongan MyCreative Ventures, ia sekali gus membolehkan kami mempromosikan platform ini secara besar-besaran menerusi album FH Idol 2.
 
“Dalam masa dua bulan ini, kami akan membuat kempen besar-besaran dan berharap langkah ini mampu membuka mata para karyawan untuk memasarkan produk masing-masing dan sekali gus membuka mata masyarakat di negeri ini,” tambahnya.
 
Katanyanya lagi, selain mampu menjana pendapatan para karyawan, FH Cinema turut mampu mencipta peluang pekerjaan dalam industri seni kreatif melalui penghasilan Filem dan Muzik.

Saksikan temubual bersama FH dalam rancangan JKS di sini:

Image
“Jika permintaan ramai maka banyaklah pendapatan para Penerbit, dan sudah pastinya dengan sumber kewangan yang ada itu akan mendorong mereka untuk mencipta produk baharu dan memerlukan karyawan untuk menjalankan projek.
 
“Jadi dari situ, akan adanya peluang pekerjaan yang pastinya akan menjadi pekerjaan tetap sekiranya FH Cinema ini semakin dikenali,” ujarnya.
 
Akui FH, sungguhpun platform kendalian syarikatnya itu masih baharu dan beroperasi hampir dua tahun, tetapi beberapa buah filem telah menerima pendapatan daripada karya yang dipasarkan di platform ini.
 
“Biarpun dalam jumlah sedikit tetapi sekurang-kurangnya ada langganan dan jika digandakan usaha, pasti para Penerbit mampu menjana pendapatan yang lumayan dan merancakkan industri seni kreatif di Sabah.
 
“Jangan samakan FH Cinema dengan Netflix kerana, mereka telah beroperasi sejak 29 Ogos 1997 yang mana pada mulanya, ia adalah sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan sewaan DVD melalui pos di Amerika Syarikat, dan melancarkan perkhidmatan penstriman video dalam talian pada 2007, dan hanya dikenali di Malaysia pada 2020 semasa COVID-19.
 
“Berbanding FH Cinema, kita masih kerdil dan perlukan sokongan padu dari semua pihak untuk menjayakan misi membina empayar seni di Sabah.
 
“Pihak kerajaan sudah bantu kita, dan kini saya perlukan sokongan padu daripada pengkarya dan rakyat Sabah untuk mencapai misi ini.
 
“Kita mahu supaya Sabah adalah Hub pemasaran digital Filem dan Muzik yang disegani di rantau ini. Jadi melalui album FH idol ini, mari kita mulakan dan bersama-sama kami berkempen untuk berkongsi pautan album ini sambil melanggan,” tambahnya lagi.
 
Ketika ditanya tentang perancangan masa hadapan, FH turut memberitahu bahawa beliau akan mengadakan acara Anugerah FH Cinema yang mana melibatkan Anugerah Filem dan Muzik, bagi Filem dan Muzik yang dipasarkan di platform pertama, yang menjadi peneraju dalam menerapkan model sekali bayar sekali tonton di pasaran Digital Malaysia atau dalam konteks Filem dan Muzik tempatan.

“Kita telah berkempen untuk acara ini sejak penghujung 2023 dan kini masih lagi berjalan. Kita akan adakah acara ini secara besar-besaran setelah tiba masanya, agar dapat membangkitkan semangat Sabahan untuk terus maju dan membangunkan industri seni kreatif khasnya di Sabah dan amnya di Malaysia melalui FH Cinema, serta sekali gus membantu kerajaan menaja pendapatan melalui sektor ini.
 
“Oleh itu saya sangat berharap kepada semua untuk membantu kami berkongsi pautan langganan album FH Idol 2 dan seterusnya melanggan album ini,” akhirinya.

Pautan lain:
Cindy MCR trauma ditipu studio rakaman?

https://fhcinema.com.my/news/177-cindy-mcr-trauma-ditipu-studio-rakaman

 Erlyn Wong tampil dengan single berentak Dangdut
https://fhcinema.com.my/news/178-erlyn-wong-tampil-dengan-single-berentak-dangdut

Image

Contact Info

No. 517 Lorong Pasir Putih 8A,
Taman Pasir Putih,
88200 Putatan Sabah.

Copyright © 2026 F Harmthon Production Sdn Bhd (1329111-D).

Register Form

Cancel

Sign in to your account

Register Form

Cancel

Sign in to your account