Saya Tidak Terlibat Bersubahat Menentang Hajiji – Kitingan

Image
Tular di media sosial baru-baru ini dakwaan bahawa Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Jeffrey Kitingan, bersubahat menentang Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor. Dakwaan ini telah mencetuskan suasana politik yang tegang di negeri ini.

Ada dalam kalangan warganet yang mengecam sekeras-kerasnya tindakan tersebut, menyifatkannya tidak bermaruah. Namun, terdapat juga yang menyokong tindakan Presiden Parti STAR itu untuk bertanding secara solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Dalam satu kenyataan media di halaman X, Jeffrey menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tersebut, menyatakan bahawa tiada sebarang konspirasi seperti itu yang pernah wujud.
 

Langgan Album Digital FH Idol 2 di sini:

Image
"Parti STAR Sabah dan saya telah memberikan sokongan penuh kepada Datuk Seri Panglima Hajiji Noor untuk menjadi Ketua Menteri pada 2020, dan sokongan ini tidak pernah goyah walaupun berdepan pelbagai cabaran.

“Tuduhan itu adalah palsu, mengelirukan, dan bermotifkan politik. Saya percaya ia bertujuan memecahbelahkan kami dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) serta rakyat Sabah menjelang PRN.

“Tangkapan skrin yang dirujuk, yang kononnya diambil pada 1 November 2024, hanyalah sebahagian perbualan yang dipetik di luar konteks. Ia dijadikan asas untuk menyokong tuduhan tidak berasas ini. Malah, tuduhan tersebut juga kelihatan disusun untuk seiring dengan dakwaan baru-baru ini terhadap kerajaan negeri Sabah yang sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Saya percaya pihak berkuasa akan mendedahkan kebenaran pada masa yang sesuai,” tegasnya. 

FH Idol: Batu Loncatan Menuju Era Baru Pemasaran Digital di FH Cinema - FH

Image
Jeffrey turut menegaskan komitmennya terhadap perpaduan, kestabilan politik, dan pembangunan berterusan di Sabah. Beliau menyeru agar sebarang percubaan untuk memecahbelahkan kepimpinan negeri tidak diberi ruang.

“Saya menyeru orang ramai supaya berwaspada terhadap maklumat salah dan tidak terpedaya dengan naratif berniat jahat yang bertujuan menggugat kestabilan kerajaan negeri.

“Saya akan terus fokus berkhidmat kepada rakyat Sabah dengan telus dan berintegriti. Marilah kita maju bersama demi sebuah Sabah yang kukuh dan bersatu,” katanya lagi.
 

temubual eskusif bersama Freddy Harmthon dalam segmen bual bicara JKS

Image
Image

Contact Info

No. 517 Lorong Pasir Putih 8A,
Taman Pasir Putih,
88200 Putatan Sabah.

Copyright © 2026 F Harmthon Production Sdn Bhd (1329111-D).

Register Form

Cancel

Sign in to your account

Register Form

Cancel

Sign in to your account