
Sedutan album digital FH Idol 2
Susulan kenyataan tersebut, kru FH Cinema telah menghubungi Quluq. Pelakon itu memaklumkan bahawa beliau memerlukan masa untuk mencari ketenangan dan akan menghubungi pihak media dalam masa terdekat untuk berkongsi penjelasan tentang isu sebenar yang berlaku.
"Segala yang ada kaitan dengan saya, peranan saya berlakon dua watak, saya tidak mahu ada sama sekali dalam filem itu. Saya buat keputusan begini sebab tidak tahan dan tidak sesuai dengan apa yang saya dapat, apa yang dibalas,” tegasnya.
Menurut Quluq, beliau tidak meredhai sumbangannya terhadap penerbitan filem itu. Dalam kenyataannya, dia mendakwa terdapat kru produksi yang bersikap tidak profesional.
“Ingat, Brad, jangan terlalu percaya dengan orang yang kamu bercakap itu. Kamu tidak tahu benda itu boleh sampai atau tidak ke telinga saya. Kamu sendiri nampak cara saya bekerja. PM Hollywood pun tidak buat kerja seperti saya.
“Pandai-pandai lah kamu mahu buat agar filem ini siap. Saya telah bertungkus-lumus menjayakan projek ini sebagai pelakon dua watak, membuat skrip, jadual penggambaran sehingga ke subuh, menyediakan surat untuk permohonan premis, dan mengurus penaja makanan selama sepuluh hari penggambaran. Sekarang saya tidak izinkan apa-apa yang berkaitan dengan saya digunakan,” tambahnya lagi.

