Ya’Yai Diapit Tiga Gadis Semasa Penggambaran Klip Video Si Baju Hitam

Image
Bermula sebagai vokalis sebuah kumpulan band semasa bertugas di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Air Hitam, Negeri Sembilan, dari tahun 2004 hingga 2013, kini Sopian Mohamad, atau lebih dikenali dengan nama pentasnya Ya’Yai, melangkah ke dunia seni sebagai penyanyi solo.

Beliau memulakan karier ini selepas menjadi finalis program realiti pencarian bakat baharu, FH Idol Musim Kedua, terbitan F Harmthon Production Sdn Bhd, sebuah syarikat penerbitan dan pengedaran filem serta muzik.

Dalam temubual eksklusif bersama segmen Jom Kita Snap (JKS), yang dihoskan oleh penyanyi Cindy MCR baru-baru ini, Ya’Yai berkongsi pandangannya tentang peluang besar yang diberikan oleh program FH Idol untuk mendalami industri muzik di Sabah.

“Sebagai seorang penghibur, kita harus tahu menyanyikan pelbagai genre lagu dan tidak hanya tertumpu pada satu genre sahaja,” katanya.

langgan Album Digital FH Idol 2 di sini sekarang;

Image
Ya’Yai, yang berasal dari Tawau, turut menceritakan cabaran besar yang dihadapinya sepanjang menyertai FH Idol Musim Kedua, terutamanya apabila diminta menyanyikan lagu dalam bahasa Dusun.

“Selama ini, saya tidak pernah menyanyikan lagu dalam bahasa Dusun. Namun, apabila menyertai program ini, saya mencabar diri sendiri untuk melakukannya.

“Walaupun agak sukar, saya berusaha keras dan bertanya kepada rakan-rakan berbangsa Dusun untuk memahami sebutan yang betul. Syukur, saya berjaya melalui cabaran itu,” ujarnya.

Beliau turut menambah bahawa menyanyikan lagu Suni Tupusku nyanyian Pengarah syarikat Freddy Harmthon (FH) adalah pengalaman yang paling berkesan buat dirinya.

Namun, cabaran Ya’Yai tidak terhenti di situ. Selain menghadapi kekangan bahasa, beliau turut perlu mengimbangi jadual kerjanya dengan komitmen kepada program.

“Ramai peserta terpaksa menarik diri kerana jadual kerja yang bertembung dengan program. Syukur, saya berjaya menguruskan kedua-duanya tanpa masalah.

“Di peringkat akhir, suara saya hilang, dan saya tidak dapat memberikan persembahan terbaik. Namun, pihak produksi memberi peluang kepada saya untuk merakamkan sebuah lagu, yang akhirnya dimuatkan dalam album digital Muzik TV FH Idol 2,” jelasnya.

Dalam album tersebut, Ya’Yai diberikan sebuah lagu ciptaan FH yang bertajuk Si Baju Hitam, sebuah lagu pop yang menceritakan kisah cinta pandang pertama seorang lelaki terhadap gadis berbaju hitam.

Sedutan album Muzik TV FH idol 2, langgan sekarang

“Lagu ini membawa tema ringan tetapi menyentuh perasaan, tentang bagaimana perkenalan ringkas boleh berkembang menjadi kasih dan sayang,” katanya.

Berkongsi pengalaman semasa penggambaran klip video lagu tersebut, Ya’Yai menyatakan bahawa cuaca tidak menentu menjadi cabaran utama.

“Penggambaran dilakukan di Le’ One – Kokol Elf Menggatal. Pada hari itu, hujan lebat memaksa kami menangguhkan penggambaran beberapa kali. Walaupun begitu, dengan kerjasama kru produksi, muzik video ini akhirnya berjaya disiapkan,” katanya.

Satu lagi cabaran ialah mendapatkan model untuk melakonkan watak dalam video tersebut.

“Awalnya agak sukar untuk mencari model. Syukur, pihak produksi berjaya mendapatkan tiga orang model perempuan yang sangat profesional dan membantu menjayakan penggambaran,” tambahnya lagi.

Kini, album digital Muzik TV FH Idol 2 telah dilancarkan dan boleh didapati di platform digital FH Cinema.

“Saya sangat berharap rakan-rakan pendengar dan peminat muzik Sabahan akan menyokong album ini. Ia boleh didapati dengan harga RM25, lengkap dengan muzik video dan versi karaoke,” katanya menutup bicara.

FH Idol: Batu Loncatan Menuju Era Baru Pemasaran Digital di FH Cinema – FH

Image
Image

Contact Info

No. 517 Lorong Pasir Putih 8A,
Taman Pasir Putih,
88200 Putatan Sabah.

Copyright © 2026 F Harmthon Production Sdn Bhd (1329111-D).

Register Form

Cancel

Sign in to your account

Register Form

Cancel

Sign in to your account