Cristine Justin Raih Impian dengan Single Pertama "Nopunso Noh Tupusku Diya"

Image
Berkat dorongan daripada ibunya dalam bidang nyanyian, Cristine Justin kini berjaya tampil dengan single pertama bertajuk “Nopunso Noh Tupusku Diya” atau “Cintaku Padamu Sudah Terpadam”.

Sebelum ini, Cristine, yang juga seorang usahawan pusat kecantikan di Penampang, telah menyertai program realiti pencarian bakat baharu FH Idol Musim Kedua. Program tersebut diterbitkan oleh syarikat penerbitan dan pengedaran filem serta muzik F Harmthon Production Sdn Bhd pada November 2022. Beliau berjaya melangkah ke peringkat akhir bersama sembilan finalis lain, yang berlangsung di Palm Square, Centre Point Kota Kinabalu pada 18 Februari 2023.

Walaupun tidak tersenarai dalam lima teratas, Cristine tetap bersyukur kerana diberi peluang untuk menjadi salah seorang penyanyi dalam album Muzik TV FH Idol 2 terbitan F Harmthon Production Sdn Bhd.

“Pada awalnya, kami dimaklumkan bahawa hanya lima finalis teratas sahaja yang akan mendapat lagu. Namun, pada malam peringkat akhir, saya sangat terkejut apabila diumumkan bahawa semua finalis akan diberikan sebuah lagu baharu.

“Saya sangat gembira kerana selama ini saya memang mengimpikan untuk menjadi penyanyi. Kini, impian itu tercapai melalui FH Idol,” katanya dalam satu temubual bersama artis di segmen Jom Kita Snap (JKS) baru-baru ini.
 
 

Dapatkan album digital Muzik TV FH Idol 2 di sini:

Image
Lagu Pop Dangdut yang Sarat Emosi
Cristine turut berkongsi pengalaman mendalam tentang single pertamanya yang berentak pop dangdut, “Nopunso Noh Tupusku Diya”, hasil ciptaan pengarah syarikat, Freddy Harmthon.

“Lagu ini mengisahkan kekecewaan seorang wanita yang pada mulanya sangat mencintai pasangannya. Namun, cintanya mulai pudar apabila dia dikhianati. Kekasihnya kemudian cuba merujuk kembali setelah sekian lama berpisah, tetapi wanita itu menolak kerana telah menemui cinta yang lebih sejati dan saling mencintai,” jelas Cristine sambil berseloroh dengan hos segmen.
 

Sedutan lagu dalam Album Digital Muzik TV FH idol 2

Cabaran dan Kejayaan Penggambaran Muzik TV
Bercerita tentang pengalaman penggambaran Muzik TV lagu tersebut, Cristine mengakui berhadapan cabaran untuk menghayati lagu tanpa sokongan model atau pelakon tambahan.

“Walaupun lagu ini berentak rancak, tetapi kisah di dalamnya sebenarnya sedih. Cabaran utama saya adalah menari mengikut rentak lagu yang rancak sambil menghayati lirik yang penuh emosi.

“Syukur, dengan bantuan dan sokongan pihak produksi, penggambaran berjalan lancar,” katanya.

Penggambaran Muzik TV untuk lagu ini telah diadakan di salah satu lokasi pelancongan di Kiulu, Tuaran, iaitu Jurassic Land.

Harapan untuk Single Pertama
Dalam temubual akhir, Cristine berharap agar lagunya dapat diterima baik oleh peminat muzik tempatan Sabah.

“Saya berharap ‘Nopunso Noh Tupusku Diya’ mendapat tempat di hati peminat. Saya juga menyeru agar semua menyokong album Muzik TV FH Idol 2 yang kini boleh didapati di platform digital FH Cinema dengan harga RM25 sahaja,” ujar Cristine penuh harapan.

FH Idol: Batu Loncatan Menuju Era Baru Pemasaran Digital di FH Cinema – FH

Image
Image

Contact Info

No. 517 Lorong Pasir Putih 8A,
Taman Pasir Putih,
88200 Putatan Sabah.

Copyright © 2026 F Harmthon Production Sdn Bhd (1329111-D).

Register Form

Cancel

Sign in to your account

Register Form

Cancel

Sign in to your account