Perjuangan di FH Idol Membawa Mieyz ke Dunia Nyanyian

Image
Menyertai pertandingan realiti pencarian bakat baharu, FH Idol, bukanlah perkara mudah. Ia menuntut komitmen tinggi, kesabaran, dan fokus kerana program ini berlangsung selama 13 episod. Selain itu, semua peserta perlu menghafal lagu dalam masa yang sangat singkat, iaitu satu minggu, dengan cabaran menyanyikan lagu dalam genre berbeza setiap minggu. Demikian perkongsian Fadzilah Hamizah, atau lebih dikenali sebagai Mieyz, dalam temubual eksklusif bersama segmen Jom Kita Snap (JKS), terbitan syarikat penerbitan dan pengedaran filem serta muzik F Harmthon Production Sdn Bhd.

Mieyz berkongsi kenangan dan pengalaman sewaktu menyertai program tersebut pada November 2022 sehingga ke peringkat akhir. Menurutnya, cabaran pertandingan ini berbeza daripada pertandingan nyanyian lain yang pernah disertainya.

“Sebelum ini saya selalu juga menyertai pertandingan menyanyi secara dalam talian dan bersemuka, tetapi kali ini cukup mencabar. Setiap minggu kami diuji dengan menyanyikan lagu-lagu dalam genre berbeza, dan harus menghafal lagu tersebut dalam masa satu minggu,” katanya.

Langgan album digital FH Idol 2 sekarang

Image
Cabaran Kesihatan Menuju Peringkat Akhir
Mieyz hampir berputus asa untuk membuat persembahan di peringkat akhir akibat faktor kesihatan. Namun, berkat kesungguhan dan usaha, beliau berjaya meraih tempat keempat dalam program itu yang diadakan di Palm Square Centre Point, Kota Kinabalu, pada 18 Februari 2023.

“Seminggu sebelum program, saya kehilangan suara. Saya terpaksa mencari ramuan tradisional untuk memulihkan suara. Syukur pada hari pertandingan, saya sudah boleh menyanyi, walaupun suara belum pulih sepenuhnya. Masih ada had untuk melontarkan suara,” katanya.

Lagu ‘Itu Semua Dusta Mu’
Sebagai salah seorang finalis FH Idol Musim Kedua, Mieyz turut diberikan lagu berjudul ‘Itu Semua Dusta Mu’, ciptaan Freddy Harmthon, Pengarah F Harmthon Production.

Lagu ini mengisahkan seorang suami yang menceraikan isterinya dengan alasan kekurangan pada diri si isteri, sedangkan alasan sebenar adalah kerana dia sudah mempunyai orang lain.

“Lagu ini disusun dalam rentak Dangdut dan mengisahkan tentang suami yang sering mengeluh akan kekurangan isterinya, sehingga menceraikannya. Namun, sebenarnya dia hanya mencari alasan untuk berpisah dan bersama dengan orang lain,” jelas Mieyz.
 

Sedutan MTV FH Idol 2. Langgan sekarang

Cabaran Penggambaran Muzik TV
Ketika ditanya oleh hos rancangan, Cindy, mengenai pembikinan Muzik TV lagunya, Mieyz mendedahkan cabaran yang dihadapinya.

“Cuaca pada bulan itu tidak menentu, kadang hujan dan kadang panas. Pada awalnya, saya mempunyai dua orang model untuk penggambaran. Mereka sudah datang dari Membakut ke Kota Kinabalu, tetapi sehari sebelum penggambaran, hujan lebat menyebabkan banyak kawasan ditenggelami air termasuk kawasan rumah saya.

“Selepas perbincangan dengan pihak produksi, penggambaran ditangguhkan atas faktor keselamatan. Namun, apabila jadual baharu dikeluarkan, model saya tidak dapat hadir kerana komitmen lain. Akhirnya, saya terpaksa menyanyi dan berlakon secara bersendirian,” katanya berseloroh.

Penggambaran Muzik TV ‘Itu Semua Dusta Mu’ telah dijalankan di lokasi pelancongan terkenal di Sabah, iaitu Kokol Haven Resort yang terletak di Kokol Menggatal.

Album Digital Muzik TV FH Idol 2
Muzik TV lagu ini telah dimuatkan dalam album digital Muzik TV FH Idol 2, bersama sembilan lagu lain. Mieyz berharap lagu ini mendapat tempat di hati peminat lagu-lagu tempatan Sabah dan menyeru orang ramai untuk menyokong album ini dengan melanggan di platform digital pemasaran filem dan muzik Asia, FH Cinema.

“Saya sangat berharap lagu ini diterima baik dan terus mendapat sokongan daripada peminat,” katanya.

saksikan temubul bersama Glen, Mieyz dan Mimy dalam JKS

Image

FH Idol: Batu Loncatan Menuju Era Baru Pemasaran Digital di FH Cinema – FH

Image
Image

Contact Info

No. 517 Lorong Pasir Putih 8A,
Taman Pasir Putih,
88200 Putatan Sabah.

Copyright © 2026 F Harmthon Production Sdn Bhd (1329111-D).

Register Form

Cancel

Sign in to your account

Register Form

Cancel

Sign in to your account