LABUAN – Gelagat seekor biawak yang terperangkap di dalam ruangan Mesin Juruwang Automatik (ATM) mencuri tumpuan warganet apabila kejadian ini berlaku berhampiran Masjid Nurul Islam (Masjid India) di sini, petang semalam.
Kejadian yang dilaporkan dalam hantaran media sosial X oleh Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan Labuan itu turut memaparkan kapsyen bersahaja yang mengundang tawa ramai: “BOMBA TANGKAP BIAWAK ‘AMBIL DUIT DI MESIN ATM.’”
Menurut laporan, pasukan bomba dan penyelamat dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labuan bergegas ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan kecemasan. Pasukan bomba tiba pada jam 3.47 petang dan berjaya menangkap biawak tersebut menggunakan peralatan khas.
Operasi itu selesai dengan pantas pada jam 3.59 petang, membuktikan kepakaran anggota JBPM menangani situasi tidak dijangka.
Walaupun insiden itu berjaya diselesaikan, kapsyen lucu dan kelibat biawak di lokasi ATM mengundang pelbagai reaksi mencuit hati di ruangan komen. Tidak kurang juga warganet yang kreatif menyelitkan dialog seolah-olah mewakili perasaan biawak tersebut.
Scha Hamid: ..ambil duit str kali ia.
JL Lyna: Banyak bah tu duit simpanan nya.. atu tah kan diambil nya.. nahh terperangkap pulang ku oleh abang-abang bomba ni nya.. nda sampat aku ambil duit... baru kan manakan pin no.
Mohd Azmi Ismail: Baru mau transfer duit arah keluarga di kampung.
Azlan Talin Tuzan: Kepada Waris Biawak, Boleh Suda Kumpul Dana Untuk Ikat Jamin.
Hardie Madi: Sampai hati admin sangka buruk.. dia mau baiki mesin tu.. sebab selalu rosakkan atm sana..
Hellboynico Razazie: Nunggu gaji kali kan Krismas.
Zi Syaria St: Dia cek str bah tu... Mau beli baju sambut Krismas kesian. Tidak sempat kumpul sama keluarga, kamu tangkap lah pula.
Norish Juldi: Biawak pun inda sabar chek duit dari MAWIP suda di baritahu hujung bulan.

Sedutan album digital MTV FH Idol 2
Sehingga artikel ini ditulis, hantaran tersebut telah mencatat 85 perkongsian dan 78 komen mencuit hati, sekali gus membuktikan bahawa insiden kecil ini bukan sahaja mencuit hati tetapi juga menjadi hiburan ringan dalam kalangan warganet.
Tidak dapat dipastikan sama ada biawak tersebut benar-benar cuba "mengambil duit" atau hanya mencari perlindungan daripada cuaca panas, namun satu perkara jelas – gelagatnya berjaya memeriahkan media sosial dan memberi senyuman buat semua.