KOTA KINABALU, 24 Disember – Setelah meluahkan rasa kecewa terhadap industri muzik di Sabah, syarikat penerbitan dan pengedaran filem serta muzik, F Harmthon Production Sdn Bhd, mengumumkan akan menerbitkan sebuah filem seram bertemakan kenegaraan berjudul Sumpahan Lembah Gelap pada 2025.
Pengasas dan Pengurus F Harmthon Production, Freddy Harmthon (FH), yang juga peneraju platform digital FH Cinema, mendedahkan bahawa beliau sedang dalam proses menyediakan skrip untuk filem tersebut.
“Cerita utama filem ini sudah tersedia, dan kini saya sedang merangka skrip. Selepas skrip siap, kami akan mengadakan sesi uji bakat atau casting untuk mencari pelakon yang sesuai dengan watak-watak yang telah dirancang,” katanya ketika dihubungi.
FH turut memberi gambaran bahawa filem ini akan menggabungkan dua era, iaitu zaman purba dan zaman moden, menjadikannya satu karya epik dua bahagian.
“Episod pertama akan berlatarkan zaman purba, manakala episod kedua akan membawa penonton ke zaman moden. Filem ini akan diterbitkan sebagai filem penuh dan dipasarkan secara eksklusif melalui platform digital FH Cinema,” jelasnya.
Dengan pengalaman luas dalam bidang muzik, penulisan skrip, suntingan video, penggambaran, dan pengarahan dokumentari, Freddy yakin proses penerbitan akan lebih lancar dan berkualiti.
“Saya juga memerlukan kru serta pelakon yang ramai kerana filem ini melibatkan adegan peperangan. Jadi, bagi yang berminat, jangan lupa ikuti kami di Facebook Page FH Production Sdn Bhd untuk mendapatkan maklumat terkini,” tambahnya.

Sedutan MTV FH Idol. Jom langgan sekarang
Setelah poster Sumpahan Lembah Gelap dikongsikan di media sosial, termasuk TikTok, sambutan daripada penggiat seni tempatan amat memberangsangkan.
“Ramai yang berminat menjadi sebahagian daripada produksi ini, dan saya sudah mengenal pasti beberapa individu yang berpotensi untuk menyertai barisan pelakon.
Ini menunjukkan minat mendalam rakyat Sabah dalam bidang seni lakonan, namun mereka memerlukan platform yang sesuai untuk mengembangkan bakat dan menjana pendapatan,” katanya lagi.

FH turut menyeru penggiat filem profesional dan amatur untuk mencipta lebih banyak kandungan filem penuh dan memasarkan karya mereka melalui FH Cinema. Beliau yakin Sabah mampu menjadi hub pemasaran filem strategik di rantau ini.
“Ramai beranggapan menonton filem di FH Cinema menggunakan data yang banyak, tetapi sebenarnya ia setara dengan penggunaan data untuk platform media sosial lain. Apa yang penting adalah sokongan padu semua pihak agar kita dapat membangunkan empayar seni Sabah yang disegani,” katanya.
FH menutup kenyataan dengan menyeru rakyat Sabah agar menyokong industri seni tempatan melalui FH Cinema.
“Marilah kita bersama-sama memajukan industri ini. Sokongan anda bukan sahaja memberi manfaat kepada industri seni, tetapi juga membantu meningkatkan ekonomi negeri, prasarana, dan pembangunan industri perfileman di Sabah,” ujarnya.