
KOTA KINABALU, 20 Mac – Isu pencurian hak cipta dalam industri hiburan di Sabah terus menjadi perbincangan hangat, meskipun industri ini masih berkembang secara sederhana berbanding di Semenanjung Malaysia. Sejak era kaset hingga ke era digital, masalah ini tidak pernah surut, dengan pelbagai bentuk pelanggaran yang semakin canggih.
Terbaharu, penyanyi dan pelakon Kristo Yanto menjadi mangsa pencurian karya apabila lagu ciptaannya, Opodih Langadon, yang dinyanyikan oleh Ellys Emit, telah dimuat naik tanpa izin di saluran YouTube MVL Studio Production yang kononnya dinyanyikan oleh individu bernama Melystevinna Lunjimpang dan pencipta lirik lagunya Marsha Kina Lunjimpang.
Perkara ini disahkan sendiri oleh Kristo melalui satu hantaran di platform X, di mana beliau menyatakan bahawa lagu tersebut telah dimuat naik sejak tahun 2022 dan masih belum dipadam meskipun aduan telah dibuat kepada pihak YouTube.
Dapatkan album digital FH Idol di sini sekarang: https://fhcinema.com.my/music/course/muzik-tv-fh-idol-iii
Dapatkan album digital FH Idol di sini sekarang: https://fhcinema.com.my/music/course/muzik-tv-fh-idol-iii

“Saya tidak kenal pun dengan individu ini, namun saya telah membuat aduan kepada YouTube. Sehingga kini, lagu tersebut masih belum dipadam. Tempoh masa ini sudah cukup lama untuk saya tunggu, dan memandangkan video itu masih belum dikeluarkan, saya rasa tindakan lanjut perlu diambil,” katanya ketika dihubungi pihak media.
Berdasarkan carian Google, studio rakaman yang dikaitkan dengan lagu tersebut dipercayai beroperasi di Putatan. Pihak media telah cuba menghubungi studio berkenaan untuk mendapatkan maklum balas, namun tidak berjaya.
Kristo turut menegaskan bahawa beliau tidak mahu isu ini berpanjangan dan menggesa individu terbabit untuk segera memadam video tersebut serta memohon maaf secara terbuka atau menghubunginya bagi menyelesaikan perkara ini secara baik.
Saksikan filem-filem Sabahan di FH Cinema
AVAKAS: By Marc Abas https://fhcinema.com.my/films/course/avakas
The Photographer: By Marc Abas https://fhcinema.com.my/films/course/the-photographer
Silence Of 177: By Marc Abas https://fhcinema.com.my/films/course/silence-of-the-177
Saksikan filem-filem Sabahan di FH Cinema
AVAKAS: By Marc Abas https://fhcinema.com.my/films/course/avakas
The Photographer: By Marc Abas https://fhcinema.com.my/films/course/the-photographer
Silence Of 177: By Marc Abas https://fhcinema.com.my/films/course/silence-of-the-177
Video yang ditukar nama penyanyi dan penulis lirik serta lagu

“Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas jika individu ini masih enggan berbuat demikian kerana jelas sekali ini merupakan pencurian karya saya,” tambahnya lagi.
Berdasarkan maklumat yang terdapat pada video tersebut, nama penyanyi serta penulis lirik dan lagu telah diubah, yang mana tindakan ini jelas melanggar undang-undang hak cipta yang ditetapkan. Kes ini sekali lagi mencerminkan cabaran besar yang dihadapi oleh penggiat seni tempatan dalam melindungi hasil karya mereka daripada dieksploitasi secara tidak sah.
