Iftar Kasih Ramadan Eratkan Perpaduan Pemimpin dan Masyarakat di Tuaran

Image
TUARAN, 21 Mac 2025 – Majlis Iftar Kasih Ramadan yang diadakan di Pusat Kebudayaan Rumpun Bajau Sama Sabah, Kg Lok Kawi, Tuaran, telah menjadi medan memperkukuh hubungan antara pemimpin negeri dan masyarakat setempat.

Majlis yang dihadiri oleh Ketua Menteri Sabah, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Hajiji Noor, turut menghimpunkan pemimpin masyarakat termasuk Pengerusi, Imam Masjid dan Surau, Ketua Anak Negeri, Wakil Ketua Anak Negeri, serta Ketua-Ketua Kampung dari daerah Tuaran.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Dr Joachim Gunsalam, yang juga merupakan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, bersama-sama barisan kepimpinan negeri lain.

LANGGAN ALBUM DIGITAL SABAHAN DI FH CINEMA
FH IDOL i: https://fhcinema.com.my/music/course/the-best-of-fh-idol-1
FH Idol ii: https://fhcinema.com.my/music/course/muzik-tv-fh-idol-iii
Sodop Pitongkiadan, By Freddy Harmthon: https://fhcinema.com.my/music/course/sodop-pitongkiadan-freddy-harmthon
Freddy Harmthon Vol. 3: https://fhcinema.com.my/music/course/freddy-harmthon-vol-3
Image
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli, Datuk Jahid Jahim, yang turut serta dalam majlis ini, menzahirkan rasa syukur atas penganjuran program yang bermakna ini, yang bukan sahaja membawa keberkatan Ramadan tetapi juga mengeratkan silaturahim antara pemimpin dan rakyat.

“Kehadiran pemimpin-pemimpin masyarakat dalam majlis ini melambangkan semangat perpaduan dan kesepaduan dalam usaha membangunkan negeri Sabah yang kita cintai,” katanya.

Beliau turut berharap agar bulan Ramadan kali ini membawa lebih banyak keberkatan dan terus mengukuhkan keharmonian dalam kalangan rakyat Sabah.

Majlis berbuka puasa ini bukan sahaja memperkukuh ukhuwah dalam kalangan pemimpin dan masyarakat, tetapi juga mencerminkan komitmen kerajaan negeri dalam memastikan hubungan erat dengan rakyat sentiasa terjalin.
 
Image

Contact Info

No. 517 Lorong Pasir Putih 8A,
Taman Pasir Putih,
88200 Putatan Sabah.

Copyright © 2026 F Harmthon Production Sdn Bhd (1329111-D).

Register Form

Cancel

Sign in to your account

Register Form

Cancel

Sign in to your account