JKKP Sabah Agih Bubur Lambuk Sempena Ramadan

Image
KOTA KINABALU, 21 Mac – Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Sabah pada Jumaat telah menganjurkan program pengagihan bubur lambuk kepada warga kerja di Bangunan Perkeso Kota Kinabalu serta pelanggan di Wisma Perkeso. Program ini bertujuan untuk memupuk semangat kebersamaan dan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga kerja serta masyarakat setempat sempena bulan Ramadan.

Sebelum sesi pengagihan berlangsung, semua pegawai JKKP Sabah telah bergotong-royong dalam aktiviti memasak bubur lambuk, menjadikan suasana lebih meriah dengan semangat kerjasama yang tinggi. Aktiviti ini bukan sahaja mengukuhkan hubungan sesama rakan sekerja tetapi juga mencerminkan nilai-nilai murni dalam budaya kerja yang harmoni.

Jom menonton filem-filem Sabahan di FH Cinema
AVAKAS, by Marc Abas: https://fhcinema.com.my/films/course/avakas
The Photographer, By Marc Abas: https://fhcinema.com.my/films/course/the-photographer
Silence Of 177, By Marc Abas: https://fhcinema.com.my/films/course/silence-of-the-177
Image

Pengarah JKKP Sabah (dua dari kanan) menyampaikan bubur lambuk secara simbolik kepada Pengarah PERKESO.

Pengarah JKKP Sabah, Tuan Haji Zulkifly bin Sulaiman dalam ucapannya menyatakan bahawa program ini merupakan salah satu inisiatif jabatan bagi mengeratkan ukhuwah serta menunjukkan keprihatinan terhadap komuniti setempat.

“Ramadan adalah bulan yang penuh keberkatan dan kami ingin berkongsi rezeki serta kegembiraan bersama masyarakat, khususnya mereka yang berurusan dengan JKKP dan Perkeso,” katanya.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada semua pegawai dan kakitangan yang telah terlibat dalam penyediaan bubur lambuk, serta berharap agar program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang.
Image

Pengarah JKKP Sabah (dua dari kanan) menyampaikan bubur lambuk secara simbolik kepada Pengarah Jabatan Tenaga Kerja.

Selain daripada pengagihan bubur lambuk, program ini juga menjadi platform untuk menyebarkan kesedaran mengenai keselamatan dan kesihatan pekerjaan kepada orang ramai.

Para penerima bubur lambuk yang ditemui turut menzahirkan rasa gembira dan menghargai usaha JKKP Sabah dalam menganjurkan program kebajikan ini. Program seperti ini bukan sahaja dapat memperkukuh hubungan sesama warga kerja tetapi juga membawa manfaat kepada masyarakat setempat.

 
Image

Ketua Seksyen Tapak Bina Mohd Fairul Azwan menyampaikan bubur lambuk kepada pengunjung Wisma PERKESO

JKKP Sabah komited untuk terus melaksanakan aktiviti kemasyarakatan yang bermanfaat selari dengan nilai-nilai kebersamaan dan kesejahteraan sosial, terutamanya dalam bulan Ramadan yang penuh makna ini.
Image
Image

Contact Info

No. 517 Lorong Pasir Putih 8A,
Taman Pasir Putih,
88200 Putatan Sabah.

Copyright © 2026 F Harmthon Production Sdn Bhd (1329111-D).

Register Form

Cancel

Sign in to your account

Register Form

Cancel

Sign in to your account