Tiada Duit Masuk, Tiada Projek Tapi Saya Dipenjara – Peter Anthony

Image
KOTA KINABALU, 7 Julai – Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), Datuk Peter Anthony, hari ini mengeluarkan kenyataan terbuka menjelang perbicaraan rayuan kesnya di Mahkamah Rayuan Putrajaya yang dijadualkan berlangsung pada Rabu, 9 Julai 2025.

Menerusi hantaran di laman Facebook rasminya, Peter menzahirkan penghargaan kepada para penyokong, ahli keluarga, serta rakan-rakan seperjuangan yang terus memberikan sokongan dan doa sepanjang perjalanan kes yang dihadapinya.

“Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pengikut dan penyokong saya. Semoga kalian sentiasa diberkati,” katanya sambil menyebut secara khusus sokongan daripada tokoh-tokoh gerejawi termasuk Monsignor, paderi dan para katekis.

Peter turut memohon doa orang ramai agar barisan hakim di Mahkamah Rayuan dapat menilai semula satu laporan polis yang dibuat oleh saksi utama pada tahun 2018. Menurut beliau, laporan itu menyatakan terdapat kenyataan yang telah ditokok tambah oleh pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), namun bukti penting ini tidak pernah diambil kira dalam keputusan terdahulu.
 

Dapatkan album Sodop Pitongkiadan secara digital sekarang di sini

Image
“Saya dan keluarga masih tidak faham apakah sebenarnya kesalahan saya. Ini bukan kes rasuah. Kerajaan tidak mengalami kerugian. Tiada duit masuk ke akaun saya dan projek yang dimaksudkan pun saya tidak dapat,” katanya lagi.

Beliau turut memetik kenyataan seorang mantan Ketua Hakim Negara yang didakwanya pernah memberi jaminan bahawa kes ini tidak melibatkan sebarang kerugian kerajaan dan tidak wajar dianggap sebagai satu kes jenayah berat.

Peter diputuskan bersalah oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Januari 2022 atas tuduhan memalsukan dokumen berkaitan projek penyelenggaraan mekanikal dan elektrikal di Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada tahun 2014. Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM50,000, namun beliau menegaskan bahawa dokumen yang didakwa palsu itu tidak pernah menjalani sebarang analisis forensik, dan pendakwaan hanya dibuat atas andaian semata-mata.

Sebagai penyokong kepada Kerajaan MADANI di peringkat Persekutuan, Datuk Peter turut menyuarakan rayuan agar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memastikan perbicaraan rayuannya berlangsung secara adil dan bebas daripada sebarang campur tangan politik.

“Kami sangat bangga menjadi sebahagian daripada pasukan anda, Dato’ Seri. Kami tahu anda seorang pemimpin yang baik, bapa yang penyayang dan dihormati di seluruh dunia,” katanya dalam kenyataan itu yang turut disertai dengan seruan agar orang ramai terus berdoa menjelang hari perbicaraan.

Perbicaraan rayuan kes ini akan berlangsung pada 9 Julai 2025 di Mahkamah Rayuan, Putrajaya.
 

Dapatkan album digital MTV FH Idol 2 sekarang

Image
Image

Contact Info

No. 517 Lorong Pasir Putih 8A,
Taman Pasir Putih,
88200 Putatan Sabah.

Copyright © 2026 F Harmthon Production Sdn Bhd (1329111-D).

Register Form

Cancel

Sign in to your account

Register Form

Cancel

Sign in to your account