44 Filem, 47 Lagu & 14 Model Rebut Anugerah FH Cinema 2026

Image
Kota Kinabalu – Sebanyak 44 buah filem dari beberapa negara di Asia, 47 buah lagu, dan 14 bekas pemenang pertandingan ratu cantik telah disenarai pendek untuk mara ke peringkat kedua Anugerah FH Cinema 2026.

Terdahulu, pada suku ketiga 2023, sebanyak 88 buah filem pendek dan 115 buah lagu telah melalui proses penilaian ketat, melibatkan penyertaan dari pelbagai latar belakang dan genre. Kesemua karya tersebut telah ditayangkan di platform digital pemasaran filem dan muzik Asia, FH Cinema, yang mula beroperasi pada suku ketiga 2023.

Hampir dua tahun karya-karya ini ditayangkan dan menerima maklum balas positif daripada penonton, termasuk jumlah tontonan yang memberangsangkan. Kini, peringkat kedua bakal bermula setelah semua karya filem dan muzik yang dipertandingkan dinilai oleh panel penilai F Harmthon Production Sdn Bhd, syarikat pengendali FH Cinema, dengan sokongan sistem kecerdasan buatan (AI) bagi memastikan ketelusan dan keadilan dalam setiap aspek penilaian.

Antara elemen utama yang dinilai bagi kategori filem termasuk kekuatan naratif, nilai produksi, mutu penyuntingan, kualiti lakonan, serta kesan emosi dan budaya yang berjaya disampaikan. Bagi kategori muzik pula, elemen yang diambil kira termasuk kualiti produksi, lirik, melodi, dan muzik video.

Menurut Pengarah FH Cinema, Freddy Harmthon (FH), daripada 44 filem dan 47 karya muzik yang tersenarai di peringkat kedua ini, hanya 20 karya daripada kedua-dua kategori yang akan melepasi tapisan akhir berpotensi untuk menerima geran mikro FH Cinema sebanyak RM100,000.

“Program ini adalah salah satu inisiatif untuk mencipta jaringan global antara pemain industri seni kreatif perfileman dan muzik di Nusantara. Saya berharap semua peserta melakukan sehabis baik serta mempromosikan filem atau muzik masing-masing kerana di peringkat kedua ini, karya yang bakal menerima geran ditentukan oleh penonton.

Langkah ini bukanlah satu beban, tetapi satu proses pembelajaran dan penciptaan jaringan untuk mara ke hadapan. Tanpa komitmen tinggi dalam mempromosikan karya, ia adalah satu kerugian. Oleh itu, sahutlah cabaran ini sebaik mungkin,” katanya.

FH menambah bahawa para penerbit dan pemilik karya yang tersenarai telah menerima emel rasmi daripada pihak urus setia program dan diminta memberikan maklum balas serta mengesahkan persetujuan untuk melangkah ke peringkat seterusnya.

“Hanya mereka yang memberikan pengesahan akan diteruskan ke pusingan penilaian akhir. Ini penting bagi memastikan hanya produksi yang komited dan bersedia dinilai untuk mara ke anugerah utama,” ujarnya.

Mengenai kategori Anugerah Model, FH menjelaskan bahawa peranan model sangat penting, bukan sahaja dalam bidang kebudayaan, malah dalam seni secara keseluruhan kerana mereka berpotensi untuk diserap ke dalam industri perfileman dan muzik, termasuk melalui muzik video.

“Kesemua calon adalah bekas pemenang pertandingan ratu cantik yang telah melalui beberapa siri tapisan. Sejak dua tahun kebelakangan ini, banyak pertandingan ratu cantik rancak dijalankan di Sabah dan kita alu-alukan penyertaan mereka. Program ini mampu meningkatkan populariti mereka, menjadikan mereka lebih menonjol, dan berpotensi diambil sebagai pelakon kerana Anugerah FH Cinema melibatkan pembikin filem dan muzik,” katanya.

Selain itu, terdapat juga kategori lain termasuk Anugerah Filem Penuh dan Anugerah Filem Indie untuk karya yang pernah disiarkan di FH Cinema sejak platform ini dibangunkan pada 2023 sehingga Disember 2025. FH turut memaklumkan bahawa karya baharu masih diterima untuk penilaian.

Malam Anugerah Filem FH Cinema dijangka berlangsung sekitar Mei 2026, dengan persiapan sedang dijalankan secara rapi. Tarikh rasmi akan diumumkan setelah semua elemen logistik dimuktamadkan.

Anugerah ini merupakan usaha berterusan FH Cinema untuk mengangkat karya tempatan ke tahap lebih tinggi, di samping memberikan pengiktirafan kepada karyawan yang menonjolkan daya cipta, ketekunan, dan keaslian dalam berkarya. Sejak dilancarkan, inisiatif ini telah membuka ruang kepada pembikin filem bebas dan profesional untuk memperkenalkan hasil kerja mereka kepada khalayak yang lebih luas, sama ada di Malaysia mahupun di negara-negara Asia lain.

“Bagi syarikat atau individu yang tidak tersenarai dalam peringkat kedua ini, mereka boleh menghubungi kami untuk semakan semula sama ada karya tersebut boleh dipertimbangkan atau tidak melalui emel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..

Saya merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua yang berjaya melepasi peringkat pertama dan berharap lebih banyak lagi karya tempatan akan lahir serta diangkat melalui platform ini pada masa hadapan,” katanya.
 
Senarai Calon Anugerah Filem:
 
  1. Yakshi - Brijesh Prathap (Kerala India)
  2. Anak Bintang - Komunitas Film Sukabumi (Jawa Barat Indonesia)
  3. Apa Kabar Bangsa Ku - Kageje45 picture (Jawa Barat Indonesia)
  4. Ayah Aku Pulang - DKKS (Jakarta Selatan, Indonesia)
  5. Dok Nak - AOK Production (Sumatera Selatan, Indonesia)
  6. Jarik – Sonia Partner reative Production (Jawa Timur Indonesia)
  7. Kisah keluarga Cinta -Komunitas Film Sukabumi ( KFS ) (Jawa Barat Indonesia)
  8. Ku Tak Sendiri - DNZ project (Sumatera, Indonesia)
  9. Niskala - CLICQO PICTURE and HELLYEAH Production (Jawa Barat, Indonesia)
  10. Pesan bapak - Trimulya Pratama production (Jawa Tengah, Indonesia)
  11. Petualangan Elang Kecil - Komunitas Film Sukabumi (KFS) (Jawa Barat Indonesia)
  12. Surat di Ujung Daun - Ikatan Bujang Gadis Kampus (IBGK) Kota Pagar Alam (Sumatera Selatan, Indonesia)
  13. Surat Yang Hilang - Komunitas Film Sukabumi (KFS) (Jawa Barat Indonesia)
  14. Bagan – Singgah Production (Johor, Malaysia)
  15. Cofie & Sexy - Buffalo Orange Production Sdn.Bhd (Kuala Lumpur, Malaysia)
  16. Tuah Iskandar - Rentas13.production / FirdausAR (Kuala Lumpur, Malaysia)
  17. Alam The Movie - AH'S Production Studios (Pulau Pinang, Malaysia)
  18. Telekung Ibu – Zrieyzz Holding Sdn Bhd (Pulau Pinang, Malaysia)
  19. Arai En 33 - SanggaBairavi Barathi (Perak, Malaysia)
  20. Kasam – Thespian Resources (Perak, Malaysia)
  21. Rempit Linto - Hilmi Azmin (Perak, Malaysia)
  22. Thanimai - Supercombo Studio Perak, Malaysia)
  23. The Medicine – Supercombo Studio (Perak, Malaysia)
  24. A Loving Daughter - MAYA Film Production (Cavite, Philippines)
  25. Káya kayá? Kayá káya! - (Angelo Fernando Manila, Philippines)
  26. 'Tay, padala - Istoreal (Manila, Philippines)
  27. YaKAP - John Paul Nicolas Q. Clamor IV (Manila, Philippines)
  28. Jangan Benci Aku - Sharif Eyonkhan (Sabah, Malaysia)
  29. Keluarga supin dan sipin - Soidy Bangkong (Sabah, Malaysia)
  30. Pewaris -Ronney Romboon (Sabah, Malaysia)
  31. Rekah - Haikal Harith (Sabah, Malaysia)
  32. Rindu Yang Sempurna – SK. Tampulan (Sabah, Malaysia)
  33. Romeo & Juliet - Aidyl Hr (Sabah, Malaysia)
  34. Sangod – Bob Rompuvan (Sabah, Malaysia)
  35. Tinalangan - Muji Ampau (Sabah, Malaysia)
  36. Ikhlas - Mike Lennon anak Philip Enggoh (Sarawak, Malaysia)
  37. Rasuah - Mike Lennon anak Philip Enggoh (Sarawak, Malaysia)
  38. Mighty Knight - Wiroes Studio (Selangor, Malaysia)
  39. Mohsein Nak Terbang - TheKotak Pictures (Selangor, Malaysia)
  40. 8th floor - AC Films Production (Selangor, Malaysia)
  41. Entitas -BoodakDesa Studio (Selangor, Malaysia)
  42. Sesalan Terakhir - Mashelo Production (Selangor, Malaysia)
  43. Vidhiya Madhiya - ETeamZ Film (Selangor, Malaysia)
  44. The Chosen One - Mohamed jarjis Jafarullah (Singapore)
 
Senarai Anugerah Calon Muzik
  1. Ompuno Oku – Clarice Vitini Lajibin
  2. Sinsing Pinogulinu – Jounis Mantahan
  3. Tak Sanggup – Shikal Ismail
  4. Pitongkiadan – Fedilis Molondoi
  5. Tupus Pirotian – Jaliu J
  6. Ganit Winonsoi nu – Kamalia @ Sandra Jamulin
  7. Val Sumandak Kiuli – Kevin Jass
  8. Suzie – James Alo
  9. Ralan Koposion – Arif Alexon
  10. Piginawaan Pingirot – Rinney Benz
  11. Kerani Hardware Ranau – Jerry Bigul
  12. Indi – Cindy MCR
  13. Okon Ko Tmodon ku – Mellz
  14. Rasa Hati – Varrica
  15. Nokur mitongkiad – Ogoufy
  16. Au Milo Kukuroyon – Poulinus Aloysius
  17. Melody Jiwa – Lerry Majahap
  18. Kasih Ku Harapan Ku – Effa Ezan
  19. Wanita Terindah - Roeyand Jr Robert
  20. Gadis Tambunan – Tangaband
  21. Malam – Herman Mervin
  22. Sinduol Ginawo - Frankie Masanggon
  23. Kau Dustai Cintaku - Norin Shah
  24. Misuai Nodi Ralan Toh – Otow Kadabogia
  25. Babang Sunduan Inupusnu – Sianjey Steven
  26. Bambarayon id parai wagu - Jaeyris Jaes
  27. Ina ku – Nathan
  28. Au Osimbar Tupusnu - Soidy Bangkong
  29. Baby I Love U - Adam Farhan
  30. Nokoumbal Miniuhang – Roger Bugis
  31. Sumandak Tosuau – Salvianus Tambun
  32. Siou Noh – George Lian
  33. Iya Sosongulun - Ryana Sipul
  34. Mamaramit Tadau Kaamatan - Gurangak
  35. Waya Piginawaan – James Yahaiband
  36. Pukau - Fared Hawari
  37. Penjaga Jodoh – Apiz Pascya
  38. Au Milo Tondulion – Kate G
  39. Kada Koboriga – Honney Katun
  40. Nung Milo Gulion – Sannie Hassan Mudin
  41. Cuma Satu Kali Sayang – Vellasyah
  42. Kumahang - Lorea J. Simon
  43. Darampako – Benn S. Bukag
  44. Mei Ley - Alex Adam
  45. Poinlisok Oku Muhang Diya - Mimy J
  46. Kaus Owiton Ku Matai – Liuston G
  47. Nopunso Noh Tupus Ku Diya – Christine Justin
 
Senarai calon Anugerah Model:
  1. Adelline Andrew
  2. Althea Cassandra Wyona Wilson
  3. Ashlene Andrianne Andy
  4. Calvin Laurentius Ambu
  5. Chloe Qeys Angle De Jayred
  6. Crystal Clara jay
  7. Meiisereen
  8. Nessly Januil
  9. Netty Hazel Jaffry
  10. Nisah
  11. Norafidah Binti Zamamin
  12. Nurizzah Azzalea binti Muhamad Amar A.J
  13. Rena Alai
  14. Suzan Jai
Image

Contact Info

No. 517 Lorong Pasir Putih 8A,
Taman Pasir Putih,
88200 Putatan Sabah.

Copyright © 2026 F Harmthon Production Sdn Bhd (1329111-D).

Register Form

Cancel

Sign in to your account

Register Form

Cancel

Sign in to your account