News

Tony Francis Gitom sudah tidak relevan – Neil

Image
Terkejut dengan tularnya isu mengenai filem Namatai yang dikritik hebat secara terbuka oleh Pengarah filem dan drama terkenal, Tony Francis Gitom di facebook rasmi Karyawan Square baru-baru ini, Penyanyi Neil terus menyatakan ketidakpuasan hati beliau dengan tindakan tidak professional oleh Tony di sebuah WhatsApp Group.
 
Ujarnya ketika dihubungi sebagai orang lama dalam industri filem, Tony seharusnya memberikan peluang kepada filem tersebut untuk disiarkan tanpa gangguan isu-isu seperti yang dinyatakan dalam kenyatan beliau.
 
“Industri filem di Sabah ini baru mahu tumbuh. Kita masih jauh ketinggalan berbanding di Semenanjung jadi sepatutnya jika ada kesilapan dan cacat cela dalam pembikinan karya tersebut, dia perlu la menghormati karya mereka.
 

Tonton filem di FH Cinema dan Menang RM50,000.00. klik gambar untuk menonton

Image
“Tidak salah menegur, kerana teguran itu mampu memperbaiki kesilapan yang mungkin ada di sesebuah filem. Tetapi menegur perlu kena pada tempatnya. Dia boleh saja berjumpa, atau berhubung dengan Penerbit filem Namatai ini melalui WhatsApp dan menyatakan apa yang boleh diperbaiki di dalam filem terbabit. Bukan terus tembak dan membuat kenyataan secara melulu di media sosial seolah-olah dia sudah terlalu hebat dan tidak pernah membuat salah.
 
“Saya tahu dia sudah lama dalam industri filem dan drama. Saya juga antara peminat dramanya seperti drama bersiri ‘Cinta Antara Benua,’ saya cukup bangga kerana ada orang kita yang mampu mencapai tahap itu. Tapi sekarang saya langsung tidak hormat dengan Tony atas sikap dia ini,” katanya.
 
Beritahunya, sebagai pencinta seni beliau inginkan semua penggiat seni sama ada filem dan muzik bersatu hati agar industri hiburan di Sabah berkembang maju.
 
“Apa yang saya tahu, filem Namatai adalah produk pertama daripada Produksi Sabahan Bye Bye Go Production Sdn Bhd, dan pastinya akan ada cacat cela yang hanya boleh dilihat oleh mereka yang pakar dalam bidang ini seperti Tony, tapi ia bukanlah tiket untuk dia mengkritik secara terbuka. Saya telah membaca kenyataan dia itu dan saya terkejut sebab kritikannya sangat kasar.
 
Image
“Sebagai penonton yang sudah menonton filem ini, saya cukup terhibur dan tidak pun merasa bosan untuk menonton.

“Apa yang Tony cakap tiada chemistry antara hero dan heroin itu langsung sama sekali tidak benar di mata saya. Mereka berdua telah melakonkan watak masing-masing dengan baik.
 
“Ada kawan saya dari Kuala Lumpur memberikan komen di dalam Facebook mengatakan bahawa heroin filem Namatai boleh pergi jauh sehingga ke peringkat Antarabangsa. Mereka turut teruja menonton filem Namatai dan memberikan kata-kata positif, tetapi Tony bukannya menyokong tapi menjatuhkan karya rakan-rakan lain.
 
“Sikap ini patut dielakkan. Apa tujuan dia untuk menonton filem tersebut. Adakah hanya ingin melihat kelemahan dan tidak melihat kepada pengorbanan semua yang terlibat dalam penggambaran ini.
 
 

Tonton filem AVAKAS di FH Cinema. klik gambar untuk menonton hanya RM7 untuk satu langganan

Image
“Stop lah Tony, kau sudah tidak relevan dalam bidang ini. Jangan terlalu busuk hati, seolah-olah kau saja yang paling handal membuat filem,” katanya sambil bercadang untuk menonton filem Namatai kali kedua dalam beberapa hari lagi.
 
Tambah Neil lagi, kenyataan Tony yang mengatakan watak-watak sampingan kurang berkesan termasuk watak Orang Jepun, Orang Putih, Orang Tua tenggelam timbul dalam filem menunjukkan beliau terlalu sombong dan bongkak serta tidak menghormati pelakon yang melakonkan watak itu.
 
“Saya sangat terhibur dengan filem ini, saya boleh rasakan perasaan gembira, dan sedih. Kalau datang ke panggung semata-mata mencari kesalahan orang, memang lah itu ini kau boleh Nampak.
 
“Bagi saya, filem ini setanding dengan filem Antarabangsa, chemistry yang cukup baik, pelakon semua hebat dan watak-watak diorang pun hidup.
 

Tonton filem Atukoi Mokirayou 2 di FH Cinema. klik gambar untuk menonton.

Image
“Dan satu lagi, tidak ada filem yang 100 peratus sempurna termasuk filem luar Negara jadi sebagai orang yang paling senior dalam bidang ini, belajar hormat karya orang.

"Tony cakap banyak babak yang buang masa. Hey Tony, kau dulu pun bukannya hebat sangat. Kau pun bermula dari bawah, banyak kesilapan semasa mula-mula buat filem. Jadi hentikan membuat kritikan secara terbuka. Hormat karya orang,” tagasnya.
 
Neil turut menasihati Tony agar membuang rasa dengki dengan karya orang lain, dan membuang sikap busuk hati serta jangan menunjukkan ketidakmatangan dalam industri yang sudah lama diceburi.
 
“Tony pun ada filem, jadi kalau dia boleh mengkritik secara terbuka filem kawan-kawannya, maka jangan marah kalau filem sendiri akan dikritik secara terbuka oleh penerbit lain kelak.

"Jangan jatuhkan semangat rakan lain untuk berkarya,” akhirinya dengan memberikan 20 bintang kepada filem Namatai, sambil memberikan penghargaan kepada semua kru yang terlibat terutama Pengarah filem Marlin Brando yang telah melakukan yang terbaik untuk filem Namatai.

Tonton filem The Photographer di FH Cinema. klik gambar untuk menonton.

Image

News Articles

Image

Contact Info

No. 517 Lorong Pasir Putih 8A,
Taman Pasir Putih,
88200 Putatan Sabah.

Copyright © 2025 F Harmthon Production Sdn Bhd (1329111-D).

Register Form

Cancel

Sign in to your account

Register Form

Cancel

Sign in to your account