Dana FINAS: Saya tidak akan berdiam diri dituduh tidur dengan Panel - Michelle Xin

Image

Sebanyak 16 buah syarikat daripada 299 buah syarikat yang telah memohon bakal menerima dana penerbitan filem selepas kertas kerja projek telah diluluskan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS). Perkara ini diumumkan oleh FINAS pada 8 Mac 2024 yang mana enam daripadanya adalah penerima dana filem cereka dan sepuluh daripadanya adalah penerima filem dokumenteri.

Apa yang menjadi isu hangat di sini adalah, ramai yang mempersoalkan cara dan bagaimana kelulusan itu dibuat di mana ada antaranya pernah mendapat dana filem dan kini syarikat terbabit juga telah mendapat dana pada kali kedua.

Menurut kenyataan seorang pengguna Facebook Elden H. Elbar ketika memberikan komen di ruangan kenyataan media Facebook rasmi FINAS, dia mendakwa salah satu syarikat yang menerima dana pernah terpalit dengan kes SPRM tahun lepas tetapi mendapat dana.

Tonton Filem AVAKAS di sini hanya RM7

Image
“The Rise of Lion ii pun sama, dah pernah dapat untuk filem pertama kenapa perlu beri untuk filem kedua? Berilah peluang pada pengkarya lain pula.

“Sepatutnya siapa-siapa yang sudah pernah dapat dana sebelum ini perlu dimasukkan dalam waiting list untuk beberapa tahun. Dahulukan pada yang belum pernah dapat dan skrip bagus,” ciapnya.

Dalam satu ciapan panjang yang dikongsikan oleh Pengarah Xin World Sdn Bhd yang juga penerima dana filem cereka Michelle Xin, sangat berang dengan tindakan beberapa individu yang mempersoalkan kebolehannya untuk membuat filem dan juga kelulusan dana filemnya yang bertajuk The Rise of Lion ii.

“Kita di Sabah dan Sarawak ini masih baharu dalam industri perfileman, tapi adakah ini bermaksud orang kita ni tidak layak diberi peluang untuk terus cuba membuat filem? Kita boleh nampak orang kita semua berusaha untuk maju dan sentiasa belajar dari kesilapan dari kerja sebelum ini.
Image
“Aku tahu, aku bukan sempurna dan filem pertama aku “The Rise Of Lion” memerlukan banyak penambahbaikan.

“Ini adalah filem yang dihasilkan bersama orang kita Sabahan. Saya tahu kami tak setanding orang Semenanjung yang sudah berpuluh tahun dan banyak filem yang telah mereka hasilkan. Tapi saya tetap cuba bersama orang kita, dan saya rasa bangga dengan semangat orang kita. Kita semua sedang berusaha untuk maju,” ciapnya.

Dalam ciapannya itu, Xin turut mengakui bahawa ada orang Semenanjung tidak berpuas hati kerana dia dapat dana dari FINAS dan cuba menjadi batu api kepada penggiat seni kreatif Sabah supaya menimbulkan kedengkian sesama diri.

“Orang ini pernah kata dengan aku filem yang ‘box office’ tinggi macam Transformer, Marvel, Resident Evil itu, semua filem sampah. Tapi sekarang dia nak FINAS jawab konon kenapa filem aku tak dapat sambutan di Pawagam tapi dapat dana lagi.

“Sampai Hollywood punya ‘box office’ pun dia kata sampah, saya memang tak mampu lah capai apa yang dia rasa bagus. mungkin filem dia lah yang paling bagus. Dia lah paling hebat.
Image
“Orang ini siapa? Dia pernah datang Sabah kononnya menjadi mentor, tapi pada hakikatnya dia hanya pijak-pijak dan menghina. Dan hampir bertumbuk dengan orang kita. Orang kita yang kena itu sendiri cakap dengan aku yang kononnya dia pernah beria ia nak jadi CEO FINAS, siap hantar petition untuk ditandatangan, aku ignore tapi kena bagi reminder lagi mesti sign.

“Minta maaf lah, aku ni budak baharu dalam industri, tapi aku boleh terasa kalau orang itu niatnya tak baik, tapi di mulutnya selalu mengatakan bahawa itu demi kebaikan industri perfileman.

“Dia menghasut dan menggalakkan orang untuk cakap aku dapat dana sebab aku perempuan. Maksud dia ni asal perempuan pitch mesti dapat dan ada yang kata aku tidur dengan Panel sebab Itu aku dapat.

“Ini sudah menghina warga perempuan dan para Panel. Ini saya tidak akan diam diri. Kotor fikiran kamu.

“Para Panel bukan hanya satu orang, lebih dari lima orang dan datang dari tempat berlainan. Ada juga Panel Sabahan dari penggiat industri ini, ada dari Kementerian, ada dari akademi ada FINAS.

“Pitching ini adil sekali dan transparent. Kami semua pergi pitch dengan adil. Bukan orang lain tak baik, mungkin cerita aku lebih sesuai dengan apa yang panel carikan, sebab Itu aku dapat. Kamu jangan hina orang sebab otak kamu sendiri kotor dan jangan nak batu api supaya orang kita dengki sesama sendiri, Itu budaya buruk kau,” tegasnya.

Tonton filem Watu Turu Papakang dengan hanya RM7 di sini

Image
Katanya lagi, sejak dari dulu dana FINAS lebih banyak diperolehi oleh syarikat daripada Semenanjung dan seharusnya tidak perlu sibuk dengan dana yang diberikan di Sabah dan Sarawak.

“Kami di sini baharu bermula lima tahun yang lalu, dan kali ini hanya satu saja filem yang East Malaysia dapat. Kenapa nak betul putuskan rezeki orang. Kami sedang berusaha untuk maju, kalau kau betul nak bantu, beri tunjuk ajar dan nasihat yang baik untuk kami, bukan tunjuk hebat cakap besar di sosial media saja.

“Kawan - kawan, industri perfileman ini bukan senang jalannya, lebih - lebih lagi cabaran yang dihadapi wanita dalam industri filem ini seperti diskriminasi jantina dan gangguan seksual sentiasa ada.

“Kalau kita diam, makin diorang berlebih - lebih. Saya tidak ragu - ragu paparkan nama - nama orang yang berotak kotor.

“Filem The Rise Of Lion aku ini sederhana saja, kami budak baharu belajar masa itu. Banyak perkara yang kami tidak tahu tapi kami sanggup belajar dan buat yang terbaik untuk hasilkan filem ini.

“Filem ini tak setanding filem - filem beşar tapi ada juga pencapaian kecil kami. Dan ini adalah permulaan yang sangat baik untuk kami sini,” tambahnya.

Akan Datang di FH Cinema

Image
Xin turut berterima kasih kepada FINAS kerana membantu mereka maju dalam industri seni kreatif dan turut bersedia menerima kecaman setelah kenyataannya ini tular.

Dalam pada itu, penggiat seni Sabah Ramli Carlo turut berharap agar diadakah perkongsian bagaimana untuk membuat filem yang baik kerana, dia turut merasa hairan bagaimana Xin mendapat dana kali kedua.

“Itu sebab saya cakap sejarah tercipta dan diharap kamu membuat bengkel bagaimana untuk buat filem.

“Itu rezeki dan bukan mahu salahkan kamu. Kita Sabahan sentiasa cepat lupa. Cuma secara peribadi saya kesian dengan penggiat filem Sabahan sepenuh masa yang tidak dapat,” ciap Ramli dalam ruangn komen kenyataan Xin yang dikongsi.
 

Tonton Dia dan Ia di sini. Hanya RM 7

Image
Image

Contact Info

No. 517 Lorong Pasir Putih 8A,
Taman Pasir Putih,
88200 Putatan Sabah.

Copyright © 2026 F Harmthon Production Sdn Bhd (1329111-D).

Register Form

Cancel

Sign in to your account

Register Form

Cancel

Sign in to your account