
Putatan: Seramai 23 calon bakal berentap dalam program pencarian bakat baharu FH Idol musim ketiga setelah lolos tapisan pertama yang bermula pada 14 Oktober 2024 hingga 22 Oktober 2024 dan telah disiarkan secara langsung di TikTok syarikat FH Production Sdn Bhd.
Menurut Pengasas dan Pengurus syarikat berkenaan, Freddy Harmthon atau lebih dikenali dengan panggilan FH, ketika dihubungi program pencarian bakat baharu itu adalah kesinambungan daripada program-program yang lalu.
“Objektif utama program ini adalah mencari bakat baharu dalam bidang nyanyian untuk dijadikan produk syarikat.
“Sepuluh yang terbaik akan kami angkat menjadi artis di bawah label syarikat dan mereka akan diberkan peluang untuk merakam lagu di syarikat kami.
“Segala kos dan perbelanjaan penerbitan lagu adalah ditanggung sepenuhnya oleh syarikat di mana, sepuluh lagu tersebut akan di masukkan dalam album dan dipasarkan secara digital di platform pemasaran filem dan muzik Asia FH Cinema,” katanya.
Ujarnya lagi, bagi memastikan sepuluh peserta adalah yang terbaik, semua peserta akan diuji dengan lagu pelbagai genre setiap kali membuat persembahan mingguan.
“Ada 23 peserta yang layak ke peringkat kedua dan sudah pastinya akan ada penyingkiran setiap minggu sehinggalah kami memperolehi sepuluh terbaik.
“Semasa pemilihan peringkat pertama, saya akui mereka semua berbakat besar. Masing-masing ada kelebihan dari segi kekuatan vokal,” tambahnya.
Dalam pada itu juga, FH turut akui tidak mempunyai peserta pilihan kerana ia bergantung kepada kemampuan dan sokongan penyokong masing-masing.
“Bagi memberikan peluang kepada penonton untuk memilih peserta yang mereka gemari, mereka diberi peluang untuk memberikan markah menerusi undian iaitu melalui link laman web FH Cinema, dan ‘gift’ yang diberikan semasa siaran langsung di Tiktok.
“Ingin saya nyatakan, nilai ‘gift’ hanya akan dikira jika ‘gift’ tersebut diberikan kepada ‘Host’ semasa peserta membuat persembahan,” ujarnya lagi.
Peringkat kedua Program ini bakal bermula pada 10 November 2024 secara langsung di platform TikTok @FH bermula pada 2 petang.
“Bagi menghargai sokongan penonton yang mengundi, mereka semua akan berpeluang untuk mendapat hadiah misteri yang akan diumumkan selepas tamat program,” akhirinya.
Program yang disiarkan secara langsung di TokTok ini turut mendapat permit penggambaran daripada Perbadanan kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).
Program yang disiarkan secara langsung di TokTok ini turut mendapat permit penggambaran daripada Perbadanan kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).
Senarai peserta;
-
Randy Liu – Sepanggar
-
Anita Modisun – Kudat
-
Sianjey Steven – Kota Belud
-
Palafelly Sopindi – Kudat
-
Elchia Resumin – Kota Belud
-
Irene Kuming – Penampang
-
Oliver Antanius – Tambunan
-
Azizul Jason – Putatan
-
Airin Pindeh – Kota Belud
-
Yangwei bennajer – Tawau
-
Masri Sopiri – Telipok
-
Felson @Adison – Kudat
-
Julikan Molondoi –Inanam
-
Melvina Idora – Beaufort
-
Issabeila – Kota Marudu
-
Sahidan Mohd Ramli – Likas
-
Alister Sani – Telupid
-
Manson Abut – Kudat
-
Friedolin Jokili – Kudat
-
Abdullah bin Mahalan (Umar)– Kinarut
-
Aerry Halvrion Domi - Ranau
- Mohammad Faizal Ishak (Zhal) – Sandakan
- Rusla Flora Butah - Membakut
FHi 3: Undi Irene























