Erlyn Wong tampil dengan single berentak Dangdut

Image
Bermula dari menyertai pertandingan nyanyian sejak kecil, kini nama Erlyn Wong semakin popular di kalangan peminat lagu-lagu tempatan setelah beliau dinobatkan sebagai Naib Juara dalam pertandingan realiti pencarian bakat baharu FH Idol Musim Kedua pada 18 Februari 2023 di Palm Square, Centre Point Kota Kinabalu.
 
Menceritakan pengalaman sepanjang menyertai program FH Idol Musim Kedua dalam satu temubual eksklusif “Jom Kita Snap,” yang dihoskan oleh penyanyi Cindy MCR, anak jati Papar itu mengakui tidak lari daripada menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan.
 
“Program itu berlangsung selama 13 episod dan kami membuat persembahan setiap minggu dengan pelbagai tema yang diberikan oleh Penerbit iaitu F Harmthon Production Sdn Bhd.
 
“Dalam banyak tema atau genre lagu, yang cukup mencabar bagi saya adalah semasa kami diberi tugas untuk menyanyikan lagu Dangdut.
 
“Saya membesar dengan lagu-lagu Kadazan jadi bila dapat lagu Dangdut ianya cukup mencabar kerana saya tidak tahu bagaimana untuk mengalunkan suara Dangdut itu. Susah mahu ikut lenggokan dangdut itu,” akuinya.
 

Dapatkan Album Muzik TV FH Idol 2 di sini

Image
Tambahnya lagi, sepanjang progam berlangsung Erlyn turut menghadapi kesukaran untuk menghafal lagu dan menyalurkan emosi dalam lagu atas sebab tempo masa yang singkat untuk membuat latihan.
 
“Setiap minggu kami diberi tugasan dan kami hanya mempunyai masa satu minggu untuk menghafal lagu.
 
“Selain itu, pernah satu kali semasa datang ke studio untuk membuat persembahan kereta kami rosak dan mujur masalah itu dapat diatasi sebelum program bermula,”katanya.
 
Kongsinya lagi, selepas daripada meraih gelaran Naib Juara FH Idol Musim Kedua, pihak produksi telah memberikan Erlyn sebuah lagu yang telah ditulis oleh Pengarah Program, Freddy Harmthon (FH).
 

Saksikan temubual esklusif bersama Erlyn Wong dalam rancangan Jom Kita Snap di sini:

Image
“Lagu itu bertajuk ‘Ngingis Koimbayat’ dalam rentak Dangdut yang mana mengisahkan tentang perempuan ini suka dengan seorang lelaki namun dia malu untuk meluahkan perasaannya terhadap lelaki itu.
 
“Sungguhpun semasa pertandingan saya menghadapi kesukaran untuk menyampaikan lagu Dangdut namun saya kini sebati dengan rentak ini dan tidak menghadapi sebarang masalah dalam menyampaikan lagu ini.
 
 “Memang pada mulanya saya rasa susah untuk menyanyikan lagu ini tapi bila suda cuba banyak kali dan saya rasakan lagu itu mudah untuk disampaikan dan tambahan pula saya suka dengan lagu itu.
 
 “Selepas program itu, timbul pula minat saya untuk menyanyikan genre Dangdut,” katanya.
 
Ujarnya, selepas rakaman lagu Erlyn terlibat dalam penggambaran Muzik TV lagunya di dua lokasi berasingan iaitu di Noriz Beauty Spa Beringis Papar dan di Eko-Pelancongan Mandalipau White Water & Fishpond Papar.
 
“Kedua-dua tempat ini sangat sesuai dan menarik, tambahan lagi jalan cerita yang disusun cukup rapi dan menarik selepas selesai suntungan video.
 
“Sepanjang penggambaran itu, walaupun saya tidak mempunyai model untuk melakonkan watak dalam lagu, saya cukup gembira dan tidak menghadapi sebarang masalah kerana semua kru produksi sangat membantu, dan membolehkan saya rasa mudah dan senang untuk melakukan gaya serta aksi yang diminta oleh pihak produksi.
 
“Album ini telahpun diterbitkan di Platform Digital FH Cinema dan saya sangat berharap kepada semua agar menyokong album ini, serta melanggan album ini dengan hanya RM25 sahaja di FH Cinema dalam bentuk Muzik TV dan Karaoke,” akhirinya.

Pautan lain:

Cindy MCR trauma ditipu Studio Rakaman?
https://fhcinema.com.my/news/177-cindy-mcr-trauma-ditipu-studio-rakaman

Image

Contact Info

No. 517 Lorong Pasir Putih 8A,
Taman Pasir Putih,
88200 Putatan Sabah.

Copyright © 2026 F Harmthon Production Sdn Bhd (1329111-D).

Register Form

Cancel

Sign in to your account

Register Form

Cancel

Sign in to your account