Seminar Revolusi Landskap KKP 2025 Kini Dibuka

Image
Kota Kinabalu - Pertubuhan Kebajikan dan Sukan (PKS) JKKP Cawangan Sabah, dengan kerjasama Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Sabah, akan mengadakan Seminar Revolusi Landskap KKP 2025 yang bertujuan untuk memberi pendedahan mendalam mengenai perkembangan terkini dalam landskap keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP).

Seminar ini akan berlangsung pada 22 Februari 2025, dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang, bertempat di The Magellan Sutera Harbour, Kota Kinabalu. Seminar ini terbuka kepada semua yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peranan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam memastikan persekitaran kerja yang lebih selamat dan produktif.

 
Image
 
Menurut maklumat yang diterima daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Sabah melalui laman Facebook rasmi mereka, seminar ini akan membincangkan topik-topik terkini dan penting dalam bidang KKP. Ini termasuk Peraturan SSI 202x, Peraturan WAH 202x, Guidance on Occupational Noise Control, The Latest Update on ICOP IAQ 2010, serta In Sabah: Mold Investigation (Case Study) dan Guidelines on Medical Surveillance. Seminar ini juga akan menyentuh pendekatan-pendekatan revolusi yang dijangka mengubah cara kita bekerja.

Salah satu perkongsian menarik adalah daripada pemenang OSH Award, iaitu Sabah Oil & Gas Terminal (SOGT), yang akan berkongsi pengalaman dan pengetahuan mereka mengenai keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Bagi yang berminat untuk menyertai seminar ini, pendaftaran boleh dibuat dengan mengklik pautan berikut: https://forms.gle/NknsSBi9aKJmKaEt7. Harap maklum, tempat adalah terhad dan tarikh tutup pendaftaran serta bayaran adalah pada 15 Februari 2025.

Untuk pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi:
? En. Fairul: 017 978 5653
? En. Karman: 016 870 7870
? En. Jerome: 019 897 1139

AVAKAS sebuah filem Epik Sabah kini boleh distrim di FH Cinema. Klik poster untuk menonton

Image
Image

Contact Info

No. 517 Lorong Pasir Putih 8A,
Taman Pasir Putih,
88200 Putatan Sabah.

Copyright © 2026 F Harmthon Production Sdn Bhd (1329111-D).

Register Form

Cancel

Sign in to your account

Register Form

Cancel

Sign in to your account