Isu Ciplak lirik lagu: Meedah Hamzani mangsa terkini

Image
Belum reda isu dakwaan penciplakan lirik lagu melibatkan penyanyi dan komposer terkenal, Benn Simon Bukag, seorang individu yang dikenali sebagai Uyah kini sekali lagi terpalit dengan kontroversi serupa. Kali ini, penyanyi Meedah Hamzani mendakwa bahawa individu tersebut telah menyalin sepenuhnya lirik lagunya yang berjudul Sumandak Mantad Tambunan dan hanya menukar irama dan tajuk kepada Sumandak Mantad Ranau.

Dalam satu hantaran di media sosial, Meedah menyatakan bahawa lirik lagu tersebut telah diambil tanpa kebenaran, sekaligus menimbulkan rasa kecewa dalam kalangan peminat dan industri muzik tempatan.
Image
“Saya berbulan-bulan memikirkan dan menghasilkan lirik ini, tetapi senang-senang sahaja ia dicuri untuk lagu orang lain,” luah Meedah dengan nada kesal.

Lebih mengejutkan, lagu yang didakwa sebagai hasil ciplakan itu telah dimuat naik ke TikTok, dan berjaya meraih sebanyak 29,728 tontonan di saluran YouTube ketika artikel ini ditulis.

Tidak hanya itu, lagu berkenaan juga telah dimuat naik ke platform penstriman digital seperti Spotify dan Apple Music, menimbulkan persoalan tentang tahap pemantauan hak cipta dalam industri muzik. 

Langgan album digital FH Idol ii di sini

Image
Adakah Individu Ini Kebal Undang-Undang?
Dakwaan ini menimbulkan kemarahan ramai, terutamanya dalam kalangan peminat muzik tempatan dan pencipta karya seni. Dalam ruangan komen pada hantaran media sosial Meedah, kebanyakan pengguna mengecam tindakan individu tersebut dan menggesa agar tindakan tegas diambil.

Lebih membangkitkan kemarahan netizen adalah tindakan individu berkenaan yang menghadkan ruangan komen di ruangan video itu disiarkan, sekaligus menghalang orang ramai termasuk Meedah sendiri daripada membuat teguran secara terbuka.

Sekiranya dakwaan ini benar, tindakan tegas perlu diambil oleh pihak berkuasa dan industri muzik bagi memastikan hak cipta serta hasil karya artis tempatan terus dilindungi.
 
Image
Hak Cipta dan Perlindungan Karya Seni
Dalam industri muzik, hak cipta merupakan satu aspek penting yang melindungi hasil karya pencipta lagu daripada dicerobohi atau digunakan tanpa kebenaran. Mengikut Akta Hak Cipta 1987, menciplak atau menggunakan karya tanpa kebenaran adalah satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Isu seperti ini bukan sahaja mencemarkan integriti industri muzik tempatan tetapi juga memberi impak negatif kepada para pengkarya yang bergantung kepada usaha kreatif mereka untuk mencari rezeki. Oleh itu, tindakan segera harus diambil bagi memastikan keadilan ditegakkan dan hak pencipta lagu terus dihormati.

Pihak berkuasa serta badan yang bertanggungjawab dalam industri muzik tempatan digesa untuk menyiasat dakwaan ini dan mengambil langkah sewajarnya bagi melindungi hak para artis dan komposer tanah air. - FH Cinema.
 
Image
Image

Contact Info

No. 517 Lorong Pasir Putih 8A,
Taman Pasir Putih,
88200 Putatan Sabah.

Copyright © 2026 F Harmthon Production Sdn Bhd (1329111-D).

Register Form

Cancel

Sign in to your account

Register Form

Cancel

Sign in to your account