Kota Kinabalu, 21 Mac 2025 – YouTuber, Uyah.S, telah mengeluarkan kenyataan rasmi memohon maaf kepada Benn’s Studio, Baha Tungau (Ateng), dan Meeda Hamzani berhubung penggunaan kandungan video yang dikaitkan dengan isu pelanggaran hak cipta.
Dalam kenyataan bertulisnya, Uyah.S menegaskan bahawa beliau menghormati permintaan pihak berkaitan untuk menurunkan video yang didakwa melanggar hak cipta dan mengesahkan bahawa semua video terbabit telah dipadamkan daripada platform media digital.
Dapatkan album digital lagu Sabahan di sini sekarang
FH Idol ii: https://fhcinema.com.my/music/course/muzik-tv-fh-idol-iii
Sodop Pitongkiadan, Freddy Harmthon: https://fhcinema.com.my/music/course/sodop-pitongkiadan-freddy-harmthon
Freddy Harmthon Vol.3 : https://fhcinema.com.my/music/course/freddy-harmthon-vol-3
The Best Of FH Idol i: https://fhcinema.com.my/music/course/the-best-of-fh-idol-1

“Saya menghormati permintaan untuk menurunkan video yang dikatakan melanggar hak cipta. Untuk makluman, video tersebut telahpun dipadamkan dan tidak lagi boleh diakses di mana-mana platform media digital,” jelas Uyah.S.
Beliau turut menambah bahawa proses pemadaman sepenuhnya mungkin mengambil sedikit masa di beberapa platform tertentu dan meminta semua pihak agar bersabar.
Akui Kesilapan dan Janji Berhati-Hati
Selain itu, Uyah.S secara terbuka memohon maaf kepada individu yang terlibat serta para peminat atas sebarang kekeliruan atau kesilapan yang timbul akibat isu ini.
“Memandangkan ini merupakan kesalahan pertama bagi saluran saya, saya berharap diberi peluang untuk memperbaiki keadaan. Saya berjanji akan lebih berhati-hati dan memastikan perkara seperti ini tidak berulang pada masa akan datang,” tambahnya.
TONTON FILEM SABAHAN DI FH CINEMA SEKARANG.
AVAKAS, by Marc Abas: https://fhcinema.com.my/films/course/avakas
The Photographer, By Marc Abas: https://fhcinema.com.my/films/course/the-photographer
Silence Of 177, By Marc Abas: https://fhcinema.com.my/films/course/silence-of-the-177

Sementara itu, penyanyi dan komposer terkenal, Benn Simon Bukag, dalam kenyataannya menyatakan bahawa beliau menganggap isu ini telah selesai dan menerima permohonan maaf Uyah.S dengan hati terbuka.
“Kita menegur demi kebaikan bersama. Mari kita majukan industri muzik Sabah dengan penuh keikhlasan,” katanya, sambil menyatakan kesediaannya untuk bekerjasama pada masa hadapan.
Dalam nada yang sama, Ateng turut menghargai permohonan maaf Uyah.S dan berharap kejadian ini menjadi pengajaran kepada semua pihak agar lebih menghargai karya seni dan usaha setiap individu dalam memartabatkan bakat anak Sabah.
“Marilah kita bersama-sama terus menyokong dan mengangkat karya seni serta industri kreatif tempatan ke tahap yang lebih tinggi,” ujarnya.
Permohonan maaf Uyah.S dilihat sebagai satu langkah positif dalam menangani isu hak cipta serta mewujudkan ekosistem kreatif yang lebih profesional dan saling menghormati dalam industri seni tempatan.